in

Sarawak Belum Ada Keputusan Muktamad Untuk Meninggalkan BN

Sarawak Belum Ada Keputusan Muktamad Untuk Meninggalkan BN

Sarawak Belum Ada Keputusan Muktamad Untuk Meninggalkan BN

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini menyangkal laporan The Malaysian Insight yang menyatakan bahawa PBB akan meninggalkan Barisan Nasional dan telah memaklumkannya kepada Pemangku Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut The Borneo Post, Pandi Suhaili berkata beliau telah mengesahkan dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi lain bahawa Ketua Menteri dan Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak pernah berjumpa dengan Ahmad Zahid Hamidi.

Sarawak Belum Ada Keputusan Muktamad Untuk Meninggalkan BN
Pandi Suhaili. Kredit: The Borneo Post

“AJ (Abang Johari) tidak pernah berjumpa dengan Zahid dalam beberapa hari ini. (Saya boleh) sahkan (ini ialah) berita palsu,” katanya kepada The Borneo Post.

“Ketua Menteri telah mengumumkan bahawa PBB akan berbincang dengan parti komponen lain – SUPP, PRS and PDP. Setakat ini tiada keputusan yang dibuat lagi,” katanya.

Pandi beranggapan bahawa desas-desus ini ialah cubaan oleh sesetengah pihak di Semenanjung Malaysia yang ingin menimbulkan perpecahan di dalam parti komponen BN.

The Malaysian Insight hari ini melaporkan bahawa PBB akan menarik diri dari BN, walaupun dirayu oleh Ahmad Zahid Hamidi.

Sarawak Belum Ada Keputusan Muktamad Untuk Meninggalkan BN

Baca lagi : 3 Cara #NiatBersama Untuk Tambah Amal Sempena Bulan Ramadhan Di Kuching

Leave a Reply

Loading…

3 Cara #NiatBersama Untuk Tambah Amal Sempena Bulan Ramadhan Di Kuching

3 Cara #NiatBersama Untuk Tambah Amal Sempena Bulan Ramadhan Di Kuching

Terima Kasih Anthony Bourdain Kerana Mempromosikan Sarawak. Damailah Dikau Di Sana

Terima Kasih Anthony Bourdain Kerana Mempromosikan Sarawak. Damailah Dikau Di Sana