Our Local Story

Sarawak Akhirnya Sah Menjadi Pemilik Empangan Bakun

Sarawak Akhirnya Sah Menjadi Pemilik Empangan Bakun

Sarawak Akhirnya Sah Menjadi Pemilik Empangan Bakun

Menurut laporan yang dikeluarkan BorneoPost Online sebentar tadi, Kerajaan Sarawak kini sah menjadi pemilik Empangan Bakun selepas Sarawak Energy Berhad menandatangi perjanjian dengan Kementerian Kewangan Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Sharbini Suhaili sebentar tadi.

Sarawak Akhirnya Menjadi Pemilik Empangan Bakun

Pada bulan Mac yang lalu, Kerajaan Sarawak mencapai persetujuan dengan Kerajaan Pusat untuk mengambil alih Empangan Bakun, dengan nilai RM2.5 billion.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh FMT :

Ketua Menteri Datuk Abang Johari Openg berkata pengambilalihan itu dijangka dibuat secara rasmi dalam tempoh 2 bulan.

Menurutnya, pengambilalihan itu akan dilakukan syarikat milik penuh kerajaan negeri, Sarawak Energy Bhd (SEB), syarikat utiliti elektrik bersepadu dan pembangunan tenaga yang mengendali 2 lagi HEP, iaitu Batang Ai dan Murum.

Menyifatkanya sebagai pengambilalihan yang sangat strategik, beliau berkata, langkah itu akan menyebabkan kerajaan negeri membelanjakan RM2.5 bilion.

Mempunyai kapasiti terpasang 2,400 megawatt, HEP Bakun, iaitu stesen tenaga hidro terbesar di Malaysia, terletak di Lembangan Atas Sungai Rajang, 37 km dari bandar Belaga.

Dibina dengan kos RM7.4 bilion (termasuk pembiayaan), ia ditauliahkan sepenuhnya pada Julai 2014.

Dengan pembelian keseluruhan HEP Bakun, Sarawak bersedia untuk menjadi kuasa penting tenaga boleh diperbaharui negara ini.

Abang Johari berkata beliau mengetuai delegasi dari Sarawak untuk berunding dengan Najib mengenai pengambilalihan tersebut, dan mengaitkan kejayaan itu kepada hubungan erat antara negeri itu dan Putrajaya.

Bagaimanapun, terdapat pihak lain yang melontarkan pandangan dari sudut lain :

Sarawak Akhirnya Menjadi Pemilik Empangan Bakun

Parti Keadilan Rakyat Sarawak – Pembelian empangan Bakun akan bebankan Sarawak?

Naib Presiden PKR Sarawak See Chee How berkata biasanya dan menjadi amalan standard untuk audit dijalankan sebelum pelaburan besar dibuat.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau memetik liabiliti bukan semasa syarikat itu sebanyak RM5.25 bilion dan liabiliti semasa ialau RM907 juta pada penghujung 2015.

“Dalam tempoh masa panjang, adakah ini akan menjadi beban kewangan besar kepada negeri dan semua rakyat Sarawak?

“Untuk jangka panjang, kita perlu mempertimbangkan komitmen kewangan dalam membayar hutang dan pendapatan yang boleh dijana daripada kemudahan bekalan elektrik dalam negeri ini,” katanya.

Fakta mengenai Empangan Bakun :

Sarawak Akhirnya Menjadi Pemilik Empangan Bakun

Empangan Bakun ialah sebuah empangan hidroelektrik yang sedang dalam pembinaan merentasi Sungai Balui di Sarawak, Malaysia. Ia merupakan sebuah empangan batu dilitupi konkrit yang tertinggi di dunia yang akan dibina. Ia juga akan menjadi empangan kedua terbesar di Asia, selain beberapa empangan yang lebih besar di negara China. Empangan ini dapat menjana 2,400 MW tenaga elektrik apabila siap pada tahun yang akan datang.

Tenaga elektrik yang akan dijanakan akan disalurkan dari Sarawak ke Semenanjung Malaysia. Rancangan asal adalah untuk menggunakan 30% janaan di Sarawak dan selebihnya disalurkan ke Semenanjung Malaysia. Penghantaran ini memerlukan 660 km talian DC voltan tinggi di Sarawak dan 670 km talian DC voltan tinggi di bawah laut merentasi Laut Cina Selatan.

Di masa hadapan, janaan dari Empangan Bakun dirancang untuk disambungkan ke Grid Elektrik Borneo, yang akan menghubungkan grid elektrik sedia ada di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan. Rancangan ini disebut-sebut di mesyurat negara ASEAN, tetapi masih tiada tindakan susulan.

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:

  • Empangan utama
  • Tinggi 205 m dari tapak ke puncak. Panjang 750 m dari hujung ke hujung. Isipadu 16.71 juta meter padu.
  • Aras puncak ialah 235 m atas aras laut. Aras air maksimum ialah 232 m. Aras operasi ialah 228 m maksimum dan 195 m minimum.
  • Takungan : luas permukaan ialah 695 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 14,750 km persegi. Isipadu takungan ialah 43,800 juta meter padu.
  • Tandop – 8 petak dengan 2 pintu tandop setiap petak.
  • Alur limpah – luahan 15,000 meter padu sesaat.
  • Terowong jana – 8 terowong dengan 8.5 m bukaan rentang, dan panjang 760 m setiap satu.
  • Rumah janakuasa
  • Di atas tanah, 4 tingkat berukuran 250 m panjang x 48 m lebar x 48 m tinggi.
  • 8 set jana kuasa merangkumi 8 turbin jenis Francis dengan bersaiz 300 MW sebuah, 8 jana kuasa bersaiz 360 MVA sebuah dan 8 pemboleh ubah bersaiz 360 MVA sebuah.

Lebih Cerita Tempatan : Our Local Story In Kuching

 

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami