Penunggang motosikal itu ingin mendermakan katil ke rumah kebajikan
Semalam, tular sebuah video memaparkan seorang penunggang motosikal mengheret katil atas jambatan Satok.
Video tersebut dikongsi menerusi TikTok dan telah dikongsi terutama di kalangan warga Kuching. Tetapi sebab penunggang motosikal ini sanggup membawa katil itu dengan cara yang paling tidak konvensional akan pasti restore your faith in humanity!

Dua lelaki kelihatan menaiki motosikal, salah seorang dari mereka menahan katil
Menerusi TikTok yang dikongsi oleh @ejam8788, dua penunggang motosikal kelihatan gigih tarik katil atas jambatan Satok.
Lelaki berbaju putih (pembonceng motosikal) ternyata memegang besi katil sebagai usaha menyeimbangkan pergerakan katil tersebut. Bagi warga Kuching yang tahu tentang speed bump di atas Jambatan Satok, semestinya anda tahu rasanya malah dengan menggunakan kereta juga dapat merasakan speed bump itu. Apa lagi katil beroda!
@ejam8788 katil hospital otw. #katilhospital #hospital
♬ Astronomia – Chiky Dee Jay
Rupa lucu, tetapi disebaliknya ada sebab lain
Diiringi oleh sebuah lagu yang biasanya dirujuk pada adegan lucu, banyak netizen berpendapat bahawa senario itu sangat lucu.
Tetapi tinjauan pada ruangan komen video tersebut mendapati bahawa mereka sedang dalam perjalanan untuk menghantar katil itu ke sebuah rumah kebajikan sebagai derma.

Selain itu, terdapat juga beberapa netizen yang mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.


Meskipun membawa katil itu bukan perkara yang mudah bagi mereka, mereka tetap berusaha agar memastikan katil itu dibawa dengan selamat – tanpa mengganggu pengguna jalan raya serta katil itu sampai ke destinasi dengan selamat tanpa kerosakkan.
Semoga perbuatan mulia mereka ini tidak disia-siakan dan membawa manfaat kepada mereka yang memerlukan katil itu di rumah kebajikan tersebut.