fbpx
I Love Kuching
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
No Result
View All Result
I Love Kuching
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story
No Result
View All Result
I Love Kuching
No Result
View All Result
Home Our Local Story

Rumah Terbakar Dilempar Molotov Coctail, Suspek Kini Diburu

Nurul Husna by Nurul Husna
January 7, 2021
Rumah Terbakar Dilempar Molotov Coctail, Suspek Kini Diburu
Share on FacebookShare on Twitter

Sebuah rumah di Kampung Beratok mengalami kerosakan akibat letupan bom botol.

Rumah Terbakar Dilempar Molotov Coctail, Suspek Kini Diburu. Sebuah rumah di Kampung Beratok, Jalan Kuching-Serian mengalami kerosakan di bahagian hadapan rumah mereka akibat letupan bom botol atau molotov cocktail hari ini.

Menurut timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Syhong, kejadian disedari oleh pemilik rumah sekitar jam 1.10 pagi apabila terdengar bunyi letupan di luar rumahnya.

RelatedPosts

Pelajar Tingkatan 5 Parah Jatuh Dari Tingkat 3 SMK Petra Jaya Kuching

6 Ahli Kelab Golf Sarawak Dikenal Pasti Positif COVID-19

Menurut beliau, semasa pemeriksaan dilakukan, didapati terdapat percikan api dan pemilik rumah terus keluar untuk memadamkan kebakaran tersebut. 

Rumah Terbakar Dilempar Molotov Coctail, Suspek Kini Diburu
Gambar hiasan. Rumah Terbakar Dilempar Molotov Coctail, Suspek Kini Diburu

Terdengar bunyi letupan dari luar rumah

“Semasa sedang bersiap untuk tidur, pengadu terdengar pula bunyi letupan dari luar rumah dan apabila melihat menerusi tingkap bilik tidurnya, didapati ada percikan api di hadapan rumah.

“Pengadu bersama keluarga terus keluar dari rumah untuk memadamkan api tersebut dan mendapati bahagian hadapan rumah telah terbakar,” kata beliau menerusi satu kenyataan, hari ini.

Laporan polis telah dibuat oleh mangsa selepas api dipadamkan.

Rumah Terbakar Dilempar Molotov Coctail, Suspek Kini Diburu

Usaha mengesan suspek masih dijalankan

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat lima kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di hadapan rumah tersebut.

“Soal siasat keluarga terbabit juga mendakwa mereka tiada masalah atau hutang dengan ceti haram,” menurut DSP Lim.

Anggaran kerugian adalah sekitar RM3,500 melibatkan kerosakan pintu kaca, besi jeriji dan juga kos cat dinding yang telah terbakar.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian dan usaha mengesan suspek masih dijalankan,” tambah beliau.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Home
  • About
  • Team
  • Buy now!
A Part Of Borneo Digital
No Result
View All Result
  • To Do
  • Eat
  • Attractions
  • Local Story

Terms and Conditions - Privacy Policy