Our Local Story

Remaja Terima RM20,000 Dari Kerajaan Negeri Untuk Ciptaan Aplikasinya

Remaja Terima RM20,000 Dari Kerajaan Negeri Untuk Ciptaan Aplikasinya

Ahmad Zulfadzli Khamidi, remaja yang mencipta aplikasi untuk menggantikan buku teks sekolah, telah menerima RM20,000 dari kerajaan negeri Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyampaikan cek bernilai RM20,000 kepada keluarga Zulfadzli untuk membantunya dalam pembelajaran.

Menurut laporan dari The Borneo Post, majlis penyampaian tersebut diadakan di pejabat Ketua Menteri di Wisma Bapa Malaysia dan dihadiri oleh pengerusi Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (Tegas) Datu Len Talif Saleh, ibu kepada Zulfadzli, Norhasyimah Ahmad Merrican, dua adik-beradik Zulfadzli dan mentor Hazwan Razak.

Aplikasi yang dihasilkan oleh Zulfadzli untuk menggantikan buku teks mendapat tempat pertama di Hack Weekend KCH 2017 kategori junior 2 minggu lalu.

Zulfadzli hanya meluangkan masa selama 2 minggu untuk menghasilkan aplikasi tersebut dengan tunjuk ajar mentor-mentor Hack Weekend KCH.

Remaja Terima RM20,000 Dari Kerajaan Negeri Untuk Ciptaan Aplikasinya

Gambaran ringkas aplikasi yang dicipta oleh Zulfadzli

Hack Weekend KCH 2017 yang diadakan sempena Forum Belia TEGAS mencabar peserta untuk menyediakan prototaip dalam masa 40 jam untuk menyelesaikan satu masalah di dalam kategori pendidikan.

Sempena Hack Weekend KCH 2017 itu, Chumbaka telah meganjurkan hackathon edisi sekolah iaitu Hack Weekend Junior, di mana seramai 20 orang pelajar didedahkan kepada cara-cara membina laman web dan aplikasi.

Chumbaka ialah satu inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan minat terhadap sains dan teknologi di peringkat sekolah.

Sesi pertama Hack Weekend Junior yang diadakan oleh 7-8 Oktober lalu ialah sesi pembelajaran di mana pelajar diajar cara membina aplikasi mobile menggunakan MIT App Inventor.

Pada 5 hari berikutnya sebelum berlangsungnya Hack Weekend KCH 2017 ialah sesi “self-learning” di mana pelajar-pelajar memperkembangkan aplikasi mereka kepada prototaip yang berfungsi.

Hack Weekend KCH 2017 telah diadakan pada 12-14 Oktober lalu di MaGIC Sarawak dan ditaja oleh TEGAS dan Magic Sarawak serta disokong oleh IBM Watson. 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami