in

Remaja Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Jambatan Darul Hana

Remaja Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Jambatan Darul Hana
Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Remaja Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Jambatan Darul Hana

Seorang remaja lelaki telah meninggal dunia setelah terjatuh ke dalam Sungai Sarawak dari Jambatan Darul Hana, Kuching, hari ini.

Menurut maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, kejadian tersebut disedari oleh orang awam yang ternampak mangsa yang lengkap berpakaian sekolah terjatuh ke dalam sungai dari Jambatan Darul Hana.

Anggota bomba tiba di lokasi mencari mangsa menggunakan bot.

Mangsa kemudiannya dibawa ke tebingan sungai untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa yang berumur 14 tahun disahkan meninggal dunia oleh Hospital Umum Sarawak yang tiba di lokasi dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Remaja Meninggal Dunia Selepas Terjatuh Dari Jambatan Darul Hana
Kredit: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Jonathan Nyepa Catat Rekod Peribadi 200m

Jonathan Nyepa Catat Rekod Peribadi 200m

Tak Sempat Baca Akhbar? Ini Rumusan Tajuk Berita Utama 14 Mei 2018

Tak Sempat Baca Akhbar? Ini Rumusan Tajuk Berita Utama 14 Mei 2018