Our Local Story

Rebat RM20 Untuk Isi Minyak di 6 Lokasi Ini Sarawak

Rebat RM20 Untuk Isi Minyak di 6 Lokasi Ini Sarawak

Rebat RM20 Untuk Isi Minyak di 6 Lokasi Ini Sarawak

Jika anda sedang bercuti panjang sepanjang minggu ini sehingga ke tahun baru 2019, anda semestinya akan banyak ngerayo apatah lagi jika anda pulang ke kampung halaman.

Untuk anda yang bercadang untuk balik ke kampung dan ingin menjimatkan kos mengisi minyak kenderaan, kini anda boleh mendapatkan rebat sebanyak RM20 bagi pembelian minyak RM40 ke atas di stesen minyak Petron yang berdekatan dengan anda.

Rebat RM20 Untuk Isi Minyak di 6 Lokasi Ini Sarawak

Caranya agak mudah, anda hanya perlu memuat turun aplikasi WeChat Pay dan daftar sebagai pengguna. Pastikan juga anda mendepositkan sejumlah wang terus dari akaun bank anda.

Dengan berbelanja mengisi minyak sebanyak RM40 (minimum) di salah satu dari 6 stesen minyak petron ini, anda boleh mendapatkan rebat terus sebanyak RM20. Ya, anda hanya perlu membayar RM20 untuk minyak yang berharga RM40.

Untuk pengisian minyak 3 kali seterusnya pula, anda boleh terus mendapatkan rebat sebanyak RM10 setiap kali isian atau perbelanjaan di stesen petron.

6 Lokasi Stesen Minyak tersebut adalah :

  • Petron Siburan
  • Petron Lundu
  • Petron Asajaya
  • Petron Pakan
  • Petron Jalan Lanang
  • Petron Tulai

Apa tunggu lagi? Muat turun aplikasi wechatpay dan mula berbelanja di stesen minyak petron berdekatan dengan anda!

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami