Our Local Story

Rabies Merebak Ke Jalan Semeba, Batu 5 Di Kuching

Rabies Merebak Ke Jalan Semeba Batu 5

Rabies Merebak Ke Jalan Semeba, Batu 5 Di Kuching

Dua kawasan – Kampung Entubuh in Tebedu dan Batu 5, Jalan Semeba di Kuching – telah diisytiharkan kawasan rabies hari ini (23 Julai).

Menurut laporan The Borneo Post, perkembangan itu diisytiharkan pagi tadi di Hangar Hornbill Skyways Sdn Bhd ketika mesyuarat berlangsung antara Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr. Sim Kui Hian,

Kenyataan dari jawatankuasa jam 8:30 pagi tadi menjelaskan wabak rabies telah memasuki Daerah Kuching setelah terdapat kes positif virus pada anjing di dua kawasan tersebut.

“Pengisytiharan warta ini dimaklumkan kerana terdapat kes positif virus ini pada anjing di kedua-dua kawasan tersebut.

“Oleh itu orang awam terutamanya di kawasan tersebut dikehendaki menjaga anjing mereka di kawasan rumah masing-masing dan tidak membiarkan ia berkeliaran dan mendapat risiko jangkitan,” menurut kenyataan tersebut.

Difahamkan pemberian suntikan vaksin ke atas haiwan peliharaan telah dilakukan di kedua-dua kawasan tersebut pagi tadi.

Rabies Merebak Ke Jalan Semeba Batu 5

Lokasi yang diisytiharkan rabies, gambar oleh The Borneo Post

Masyarakat di Kampung Semeba yang terletak di dalam kawasan jangkitan telah diberitahu berita tersebut semasa servis gereja pagi tadi. Manakala masyarakat di Entubuh pula telah diberitahu pada petang semalam.

Setakat ini 20 kawasan di Sarawak telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan wabak rabies.

Wabak rabies telah mengorbankan empat nyawa kanak-kanak, manakala lelaki dewasa berusia 52 tahun sedang mendapatkan rawatan rapi.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami