Our Local Story

Rabies Memasuki Pusat Bandar Kuching

Infografik tentang rabies: Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Rabies Memasuki Pusat Bandar Kuching

Wabak rabies telah memasuki pusat bandar Kuching apabila pasar basah Sungai Maong kini diwartakan sebagai kawasan jangkitan.

Kampung Serikin di Bau juga merupakan kawasan terbaru di Sarawak yang diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies.

Dengan perkembangan tersebut, kawasan jangkitan di Sarawak kini berjumlah 22, menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kelmarin.

Kenyataan JPBN melaporkan Jawatankuasa Khas Sarawak-Kalimantan yang ditubuhkan minggu lepas bersetuju membuat vaksinasi bersama di bawah ‘Immune Belt’ di kawasan sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat.

 

Kedua-dua pihak akan mengadakan kempen kesedaran tentang rabies dengan memberi pamplet dwibahasa dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indon­esia.

Satu SOP akan diwujudkan untuk mengadakan operasi bersama anti-rabies antara Sarawak dan Kalimantan Barat di kawasan sempadan.

 

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk tidak memberi izin import dan eksport haiwan.

Rabies Memasuki Pusat Bandar Kuching

Infografik tentang rabies: Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Dalam pada itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mewujudkan 4 buah Klinik Gigitan Anjing (Dog Bite Clinic) iaitu di Hospital Umum Sarawak, Hospital Serian, Klinik Kesihatan Sentosa dan Klinik Kesihatan Sri Aman untuk memberi perkhidmatan pengurusan kes gigitan anjing bagi pesakit yang tinggal berdekatan.

Bagi kes gigitan anjing yang berlaku di luar kawasan 4 klinik tersebut dinasihati untuk pergi ke klinik kesihatan atau hospital yang terdekat untuk mendapatkan rawatan.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memohon masyarakat yang mempunyai sejarah gigitan anjing dalam tempoh 1 April 2017 hingga sekarang untuk membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang terdekat.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami