Our Local Story

Putera Charles Dan Camilla Selamat Tiba Di Kuching, Mulakan Lawatan Bermula Hari Ini

Keluarga Diraja UK Akan Melawat Sarawak Bulan November Ini

Putera Charles Dan Camilla Selamat Tiba Di Kuching, Mulakan Lawatan Bermula Hari Ini

Putera Charles dan Camilla yang merupakan The Prince of Wales and The Duchess Of Cornwall dari Keluarga Diraja UK akan memulakan lawatan ke Sarawak bermula pada hari ini.

Keluarga Diraja UK Akan Melawat Sarawak Bulan November Ini

Pasangan diraja tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada tengah hari tadi menggunakan pesawat rasmi Royal Air Force UK.

Menurut laporan yang dikeluarkan semalam, mereka dijangka untuk melawat Kampung Budaya Sarawak hari ini.

” Putera Charles dan isteri baginda, Camilla dijangka berkunjung ke sini, ‘kawasan yang mesti dilawati’, pada Isnin, untuk mendapat pengalaman secara langsung perpaduan masyarakat berbilang etnik yang unik, hidup dalam suasana harmoni, atau pada asasnya untuk kepelbagaian etnik Sarawak, secara sekilas pandang.

Jurucakap SCV ketika dihubungi berkata semua persiapan siap disusun bagi mengalu-alukan lawatan sulung pasangan diraja itu, bagi memastikan lawatan itu menjadi satu majlis yang tidak dapat dilupakan, bukan sahaja untuk pasangan diraja itu tetapi juga untuk SCV.

Beliau berkata pewaris takhta Britain itu dijangka meneroka beberapa rumah tradisional seperti ‘Rumah Iban” dan “Rumah Melanau”, dan juga terlibat dalam sesi dialog ringkas dengan beberapa golongan belia pelbagai etnik.

Katanya SCV akan cuba memasukkan pelbagai unsur kebudayaan kumpulan etnik Sarawak dalam setiap persembahannya, mulai daripada upacara sambutan sebaik ketibaan pasangan itu sehingga kepada atur acara lawatan ke model rumah-rumah tradisional, dan sehingga mereka berangkat pulang.

Beliau berkata SCV menempatkan tujuh rumah tradisional, selain beberapa tarikan seperti Rumah Muzik Hutan Hujan, Persada Alam di kawasan air terjun, Jejak Alam Semula jadi dan juga teater di mana para penari dan pemuzik akan mempersembahkan persembahan kebudayaan mereka yang terkenal. – Bernama ”

Putera Charles Dan Camilla Selamat Tiba Di Kuching, Mulakan Lawatan Bermula Hari Ini

Mereka juga dijadualkan untuk bertemu dengan komuniti komuniti dari Sarawak dan juga bertemu dengan Purple Lily, iaitu Badan Bukan Kerajaan yang memberi komitmen untuk menginspirasikan wanita dengan menyediakan latihan dan juga pendidikan kewangan.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami