Our Local Story

Pusat Pentadbiran Dan Bandar Baru Di Serian Menjelang 2020

Pusat Pentadbiran Dan Bandar Baru Di Serian Menjelang 2020

Pusat Pentadbiran Dan Bandar Baru Di Serian Menjelang 2020

Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Dan Bandar Baru Di Serian Menjelang 2020

Kredit gambar – Serian Timungan

Pada 11 April 2015, Allahyarham Tok Nan telah menaik taraf Serian sebagai sebuah bahagian yang terdiri daripada Daerah Serian, Bandar Kecil Siburan dan juga Tebedu. Serian berkeluasan 1,762.4 kilometer persegi merangkumi daerah kecil Tebedu yang merupakan pintu masuk bagi sempadan Kalimantan Barat, Indonesia dan mempunyai penduduk seramai 92,200 orang yang majoritinya Bidayuh, diikuti Iban, Melayu, Cina dan lain-lain.

Meneruskan legasi Allahyarham Tok Nan, YAB Ketua Menteri Sarawak iaitu CM Abang Jo telah menyempurnakan majlis upacara pecah tanah Kompleks Pentadbiran Bahagian Serian, Dewan Persidangan dan Bandar Baharu Serian.

Keseluruhan saiz Bandar Baharu Serian adalah seluas 145 ekar yang akan dibangunkan dalam masa 8 ke 10 tahun, menurut laporan dari The Borneo Post . Projek projek ini adalah inisiatif dari kerajaan negeri dan akan dibina oleh syarikat berkaitan kerajaan iaitu Sarawak Incorporated Sdn Bhd dan juga Borneo Development Corporation Sdn Bhd.

Pusat Pentadbiran Dan Bandar Baru Di Serian Menjelang 2020

Kredit gambar – Serian Timungan

Menurut CEO Sarawak Inc , bagi rekabentuk pusat pentadbiran ianya akan mempunyai reka bentuk ‘baruk’ iaitu rumah tradisional masyarakat Bidayuh.

Pusat Pentadbiran Dan Bandar Baru Di Serian Menjelang 2020

Kredit gambar – Serian Timungan

Projek untuk pusat pentadbiran dijangka akan bermula pada bulan September dan akan dijangka siap pada bulan Ogos 2018. Dewan persidangan pula dijangka siap dalam masa 24 bulan.

Nampaknya projek pembangunan di Serian semakin rancak. Sebelum ini kami telah mengeluarkan artikel :

Serian Bakal Miliki Pusat Membeli Belah Yang Pertama

di mana sebuah syarikat swasta sudah bersedia untuk memulakan pembinaan pusat membeli belah tersebut.

Adakah ini berita baik untuk anda? Jangan lupa untuk komen dan tag rakan rakan anda di ruang komen di bawah!

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami