in

Projek Water For Life Petronas Bantu Penduduk Di Serian Dapatkan Bekalan Air Bersih

Projek Water For Life Petronas Bantu Penduduk Di Serian Dapatkan Bekalan Air Bersih

Projek Water For Life Petronas Bantu Penduduk Di Serian Dapatkan Bekalan Air Bersih

Program ‘Water For Life‘, inisiatif Petronas Dagangan Berhad (PDB), telah memanfaatkan lebih 14,000 penduduk di seluruh negara, sejak diperkenalkan pada 2013.

Di Sarawak contohnya, Projek Water For Life telah membantu penduduk di Kampung Gayu yang terletak di Serian untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Pada 3 Disember 2016, Petronas dengan kerjasama Malaysian Nature Society(MNS), pergi ke Kampung Gayu yang merupakan kampung kepada 1000 orang penduduk kaum Bidayuh dan Melayu untuk membekalkan bekalan air bersh. Sukarelawan dari Petronas dan Kampung Gayu telah bekerjasama untuk memasang dan menghubungkan polypipes dari punca air ke kampung tersebut dan juga telah memasang tangki air dengan penapis untuk memastikan saluran air ke komuniti itu bersih dan berkekalan.

Projek Water For Life di Kampung Gayu ini ditaja oleh Petronas dan telah diusahakan bersama sama sukarelawan yang  terlibat dalam memasang infrastruktur yang diperlukan. Initiatif tersebut termasuk dengan program corporate social responsibility yang melibatkan Sekolah Kebangsaan  Kampung Gayu yang terletak di dalam kampung tersebut.

 

Big Bad Wolf Akan Ke Kuching Buat Kali Pertama Bulan Julai Ini

Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan PETRONAS Untuk Mulakan Prosiding Terhadap Kerajaan Sarawak