fbpx
Our Local Story

Pray For Sentosa, Netizen Ajak Buat Sumbangan Untuk Ringankan Beban Frontliners Di Batu 7

Hulurkan sumbangan anda.

Pray For Sentosa, Netizen Ajak Buat Sumbangan Untuk Ringankan Beban Frontliners Di Batu 7. Sejak peningkatan semula kes di Sarawak terutamanya di bahagian Kuching, petugas barisan hadapan semakin sibuk semula bagi merawat pesakit yang telah disahkan positif.

Namun, nasib petugas barisan hadapan di Hosptal Sentosa pula lebih mencabar berbanding pusat perubatan yang lain di Kuching. Mereka kini terpaksa bekerja dengan lebih keras apabila disahkan wujudnya kluster baharu di sana iaitu Kluster Sentosa.

Melalui kiriman di laman Facebook, pengguna dengan nama akaun Modern Art Grill Mig telah mengajak masyarakat agar memberikan sumbangan kepada pesakit dan petugas barisan hadapan di Hospital Sentosa.

PRAY FOR SENTOSA Assalamualaikum dan salam sejahtera Sarawakian.. kepada semua yang ingin menyumbangkan makanan kepada…

Posted by Modern Art Grill Mig on Wednesday, July 22, 2020

Frontliners terpaksa bekerja lebih keras akibat kekurangan kakitangan

Jelasnya, petugas serta pesakit di pusat perubatan terbabit berdepan detik sukar apabila terpaksa bekerja lebih masa kerana kekurangan kakitangan.

Bukan itu sahaja, bekalan makanan untuk pesakit di hospital psikiatri tersebut juga berkurangan apabila terdapat unit-unit yang terpaksa ditutup sementara waktu.

Pray For Sentosa, Netizen Ajak Buat Sumbangan Untuk Ringankan Beban Frontliners Di Batu 7
Pray For Sentosa, Netizen Ajak Buat Sumbangan Untuk Ringankan Beban Frontliners Di Batu 7

Sumbangan boleh dihantar terus ke Hospital Sentosa

Bantuan yang anda hulurkan pastinya sedikit sebanyak akan meringankan beban dan tekanan mereka.

Sebarang sumbangan boleh lah dihantar terus ke Hospital Sentosa. Lokasi Hospital Sentosa adalah seperti berikut ;

Kuching catat 4 kes baru hari ini

Sehingga hari ini, Sarawak telah mencatatkan 632 kes dengan pertambahan 4 kes positif baharu hari ini. Bahagian Kuching pula menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah keseluruhan sebanyak 48 kes dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini.

Sentiasa patuhi SOP, pakai pelitup muka serta sentiasa mencuci tangan. Kita belum menang.

Lagi artikel menarik :

Sumber
FB Modern Art Grill Mig

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close