Our Local Story

Portal Ujian Atas Talian Kerajaan Sarawak Tidak Dapat Diakses Dari Pagi Tadi

Portal Ujian Atas Talian Kerajaan Sarawak Tidak Dapat Diakses Dari Pagi Tadi

Portal Ujian Atas Talian Kerajaan Sarawak Tidak Dapat Diakses Dari Pagi Tadi

Portal ujian atas talian Kerajaan Sarawak seperti pautan berikut : reqt.sarawak.gov.my(tekan untuk ketahui lebih lanjut) dikatakan tidak dapat diakses dengan sempurna bermula dari pagi tadi.

Calon calon penjawat awam kerajaan Sarawak meluahkan kekecewaan mereka di media sosial di mana mereka gagal mengakses portal tersebut dari pagi tadi. Ujian atas talian ini dijadualkan untuk diadakan dari pukul  7 pagi sehingga 12 tengah malam hari ini.

Portal Ujian Atas Talian Kerajaan Sarawak Tidak Dapat Diakses Dari Pagi Tadi

Difahamkan juga bahawa ujian atas talian ini diadakan buat pertama kalinya, dan mungkin juga pihak yang sepatutnya menyediakan servis ini tidak menjangka akan terjadinya masalah ini.

Ada juga yang mengatakan mereka tidak dapat menghubungi nombor talian bantuan seperti yang disediakan dan turut meluahkan rasa kesal.

Portal Ujian Atas Talian Kerajaan Sarawak Tidak Dapat Diakses Dari Pagi Tadi

Paling ‘jauh’ pun portal ini dapat diakses adalah sehingga ke papan pemuka seperti yang tertera di atas. Seperti yang tertera di pemuka tersebut ‘you are encountering a prolonged connectivity loss, please wait while we try to restore the connection’

Adakah anda mengalami masalah yang sama? Jika ya, jangan lupa kongsikan post ini dan juga tinggalkan komen di bawah.

Selamat berjaya!

Related posts
Our Local Story

Cacian Netizen Terhadap Peniaga Pakistan Di Bau Menjengkelkan

Our Local Story

Permohonan Biasiswa Sarawak Energy 2019 Kini Dibuka

Our Local Story

Lambakan Udang Sungai Di Simunjan, Sesuai Untuk Penggemar Udang!

Our Local Story

Ini Syurga Pelancongan Ala Bali Di Sempadan Sarawak - Kalimantan

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami