fbpx
Our Local Story

Polis Sarawak Terima 27 Kereta Peronda, Honda Civic 1.8S Kini Kegunaan MPV

Dalam usaha PDRM untuk mengurangkan kegunaan aset tua

Polis Sarawak Terima 27 Kereta Peronda, Honda Civic 1.8S Kini Kegunaan MPV. Sebanyak 27 kereta peronda baharu jenis Honda Civic 1.8S diterima oleh polis Sarawak.

Aset baharu ini akan diguna oleh Unit Kereta Peronda Polis (MPV) di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negeri.

Polis Sarawak Terima 27 Kereta Peronda, Honda Civic 1.8S Kini Kegunaan MPV

Lima ditempatkan di Kuching

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, lima daripada jumlah tersebut ditempatkan di Kuching manakala Miri, Padawan dan Sibu masing-masing empat buah.

IPD Bintulu, Kota Samarahan, Limbang dan Unit Polis Pelancong juga masing-masing menerima dua buah manakala sebuah untuk Sarikei serta Sri Aman.

“Polis Sarawak menerima 27 kereta peronda baharu yang dilengkapi dengan peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih,” kata beliau.

Menurut beliau lagi, penyerahan aset baharu ini bertujuan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menawar perkhidmatan terbaik kepada rakyat dari segi menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan.

Memanfaatkan anggota MPV dalam menjalankan penugasan

Selain itu, beliau juga berkata dengan penambahan aset kereta peronda baharu ini, beliau berharap ia dapat memanfaatkan anggota MPV dalam menjalankan penugasan.

“Diharapkan pasukan peronda akan dapat hadir lebih kerap, cepat serta pantas semasa bertindak terhadap panggilan kecemasan daripada masyarakat sekali gus akan dapat meningkatkan keyakinan terhadap polis,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, anggota MPV yang bertugas sebagai barisan hadapan diharapkan untuk memanfaatkan kemudahan ini agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Kereta peronda baharu tersebut disewa secara konsesi dengan syarikat Spanco Sdn Bhd selama lima tahun melalui peruntukan mengurus 2020.

Kenderaan jenis 4WD juga sedang tunggu diperoleh

Bagi kawasan pedalaman, beliau berkata pihaknya masih menunggu perolehan kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD).

“Untuk kawasan pedalaman, kenderaan 4WD adalah lebih sesuai dan kini kita masih menunggu perolehan untuk fasa kedua kenderaan tersebut,” katanya.

off road jump GIF
4WD gais.

Lagi di sini:

Sumber
The Borneo Post

Artikel Berkaitan

Back to top button