Our Local Story

Polis: Objek Yang Disangka Bom Di Matang Hanya Bekas Plastik

Unit Pemusnah Bom Polis Berjaya Matikan Bom Di Matang

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek mengesahkan objek yang ditemui petang Jumaat di luar sebuah bangunan di pusat komersil di MetroCity Matang bukan bahan letupan.

Katanya objek tersebut ialah bekas plastik yang mengandungi wayar seakan-akan bom, menurut laporan Utusan Borneo.

“Kami dapati benda itu memang bukan explosive. Cuma satu container dan ada sedikit wiring cable,” katanya.

Terdahulu anggota Unit Pemusnah Bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak telah dipanggil untuk memusnahkan objek yang disyaki bom di depan sebuah rumah kedai di MetroCity Matang pada petang Jumaat.

Khidmat unit robot pemusnah bom telah digunakan untuk membantu misi.

Difahamkan ‘bom’ tersebut ditemui oleh seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang terus melaporkan kepada polis.

Kejadian tersebut masih dalam siasatan polis.

Unit Pemusnah Bom Polis Berjaya Matikan Bom Di Matang

Seorang anggota Unit Pemusnah Bom bersama unit robot pemusnah bom di tempat kejadian.

Unit Pemusnah Bom Polis Berjaya Matikan Bom Di Matang

Pihak bomba dan ambulans yang sedang bersedia di tempat kejadian.

 

 

 

 

Related posts
Our Local Story

Sarawak Pay Nak Berik Handphone Free Sempena Agenda OKSHE. Tok Caranya

Our Local Story

Grab Food Bakal Meluaskan Perkhidmatan Mereka Ke Kuching

Our Local Story

Cacian Netizen Terhadap Peniaga Pakistan Di Bau Menjengkelkan

Our Local Story

Permohonan Biasiswa Sarawak Energy 2019 Kini Dibuka

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami