fbpx
More

    PKPB di Kuching, Sebanyak 229 Kenderaan Diarah Patah Balik

    Gagal tunjuk dokumen pergerakan sah, 229 kenderaan diarah patah balik.

    PKPB di Kuching, Sebanyak 229 Kenderaan Diarah Patah Balik. Oleh kerana gagal tunjukkan dokumen pergerakan sah untuk merentas daerah, sebanyak 229 kenderaan telah diarahkan untuk patah balik semasa sekatan jalan raya sempena penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching pada hari ini. 

    Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang di arah untuk berpatah balik sepanjang PKPB dikuatkuasakan sejak 9 November 2020 hingga hari ini adalah sebanyak 420 kenderaan.

    PKPB di Kuching, Sebanyak 229 Kenderaan Diarah Patah Balik
    PKPB di Kuching, Sebanyak 229 Kenderaan Diarah Patah Balik

    8,039 kenderaan diperiksa

    “Hari ini juga sebanyak 8,039 kenderaan diperiksa semasa PKPB di daerah Kuching. 

    “Ini menjadikan jumlah kumulatif kenderaan diperiksa adalah sebanyak 84,286 kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

    Pada masa sama, jawatankuasa itu memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini telah mengeluarkan 12 notis kompaun iaitu di Kuching (5), Padawan (2), Sarikei (1), Betong (1), Simunjan (1) Miri (1), dan Kota Samarahan (1). 

    PKPB di Kuching, Sebanyak 229 Kenderaan Diarah Patah Balik

    1,408 premis dipantau

    Selain itu, JPBNS memberitahu, sebanyak 1,408 premis telah dipantau iaitu pasaraya (159), restoran (284), kilang (11), bank (117), pejabat kerajaan (39), penjaja (37), pasar tani/awam (54), tempat ibadah (57), tempat riadah (33), tapak pembinaan (17) dan juga lain-lain (600).

    “Seramai 532 anggota pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang terdiri daripada PDRM (245), ATM (34), RELA (125), APM (81), PBT (38) dan KKM (9),” jelasnya. 

    PKPB di Kuching, Sebanyak 229 Kenderaan Diarah Patah Balik

    Tujuh sekatan jalan raya

    Menurutnya lagi, sebanyak tujuh sekatan jalan raya di enam daerah iaitu di Lawas (2), Lundu (1), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1) diadakan sempena Op Benteng. 

    “Melalui sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 960 kenderaan telah diperiksa,” kata beliau.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan