Our Local Story

Pesta Gawai Dan Kaamatan Akan Disambut Di Peringkat Nasional Mulai Tahun 2019

Pesta Gawai Dan Kaamataan Akan Disambut Di Peringkat Nasional Mulai Tahun 2019

Pesta Gawai Dan Kaamatan Akan Disambut Di Peringkat Nasional Mulai Tahun 2019

Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bahawa Pesta Gawai dan juga Pesta Kaamatan akan disambut di peringkat nasional mulai tahun 2019.

Ketika mengumumkan perkara tersebut, Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kepentingan perkara tersebut untuk disambut di peringkat nasional adalah kerana untuk mengekalkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Umum kita mengetahui terdapat ratusan, malah mungkin jutaan rakyat Sabah dan Sarawak yang mencari rezeki di Semenanjung Malaysia, dan pengiktirafan ini adalah penting bagi memberi peluang orang kita untuk turut meraikan perayaan yang penting ini dan juga memperkenalkannya kepada orang yang tinggal di Semenanjung Malaysia.

Pesta Gawai Dan Kaamataan Akan Disambut Di Peringkat Nasional Mulai Tahun 2019

Pesta Kaamatan kebiasaanya disambut pada 30 dan 31 Mei setiap tahun manakala Gawai pula disamut pada 31 Mei sehingga 1 Jun setiap tahun.

Malaysia kini keseluruhannya akan menyambut 6 perayaan secara peringkat nasional iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya, Kaamatan, Gawai, Deepavali and juga Hari Natal.

Dipetik dari Berita Harian, Dr Wan Azizah berkata :

“Oleh itu, saya ingin tekankan bahawa kerajaan tidak pernah meminggir mana-mana kaum dan agama dalam melaksanakan program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

“Sikap terbuka, menerima perbezaan pendapat dan menghormati kemajmukan, disertai ketaatan serta komitmen terhadap agama masing-masing adalah tanggungjawab setiap umat tanpa mengira agama,” katanya.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami