Our Local Story

Pesawat Beechcraft Yang Dinaiki Menteri Sarawak Tergelincir Ketika Mendarat Sebentar Tadi

Beechcraft Super King Air

Pesawat Beechcraft Yang Dinaiki Menteri Sarawak Tergelincir Ketika Mendarat Sebentar Tadi

Difahamkan bahawa pesawat Beechcraft yang dinaiki oleh  MENTERI KEBAJIKAN, WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA Sarawak, Yang Berhormat Datuk Fatimah Abdullah tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pada pukul 6 petang tadi.

Pesawat Beechcraft Yang Dinaiki Menteri Sarawak Tergelincir Ketika Mendarat Sebentar Tadi

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching juga ditutup sehingga pukul 8 malam tadi untuk tujuan membersihkan landasan, mengikut laporan yang dikeluarkan TheBorneoPost

Penumpang penumpang pesawat tersebut dilaporkan selamat, namun belum ada kenyataan rasmi lagi yang dikeluarkan oleh agensi dan juga dari penumpang penumpang yang terlibat.

Pesawat Beechcraft Yang Dinaiki Menteri Sarawak Tergelincir Ketika Mendarat Sebentar Tadi

Pesawat tersebut dikatakan mendarat ketika cuaca hujan lebat sekitar jam 6 petang tadi. Pesawat Beechcraft Super King Air tersebut dikatakan membawa 6 orang penumpang secara kesuluruhan.

Beechcraft Super King Air

Pesawat Beechcraft 9M-WSK tersebut merupakan pesawat yang sering digunakan oleh Kerajaan Sarawak untuk tujuan rasmi.

Berita lanjut akan menyusul apabila kami memperolehi kenyataan rasmi….

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami