in

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Dibuka Mulai 30 Jun 2018

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Dibuka Mulai 30 Jun 2018

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Dibuka Mulai 30 Jun 2018

Bagi anda yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi, anda sudah boleh mula menyediakan dokumen dokumen yang diperlukan kerana permohonan biasiswa Yayasan Sarawak akan dibuka mulai 30 Jun 2018 sehingga 31 Julai 2018.

Biasiswa yang ditawarkan adalah seperti berikut :

1. BIASISWA YAYASAN SARAWAK TUN TAIB

2. BIASISWA YAYASAN SARAWAK TUN ABDUL RAHMAN

Syarat untuk Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Taib adalah seperti berikut :

Peringkat Ijazah Pertama:

  • Melanjutkan pengajian di Curtin University Malaysia, Swinburne University of Technology Sarawak, University College of Technology Sarawak, Universiti Teknologi MARA Kampus Samarahan dan Universiti Malaysia Sarawak.

Peringkat Ijazah Lanjutan:

  • Peringkat Sarjana dan PhD dengan penyelidikan sahaja.
  • Berdasarkan senarai kursus yang ditawarkan sahaja.
  • Mengikuti pengajian di dalam atau luar negara secara sepenuh masa.

Syarat untuk Biasiswa Yayasan Sarawak Tun Abdul Rahman :

  • Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada anak Sarawak.
  • Mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Kedoktoran dan Kepakaran.
  • Pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan aktif kegiatan ko-korikulum.
  • Tawaran permohonan diiklankan di akhbar tempatan bersama-sama dengan senarai kursus yang disyorkan oleh Lembaga Amanah.
  • Menghadiri dan lulus sesi temuduga pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Permohonan Biasiswa Yayasan Sarawak Dibuka Mulai 30 Jun 2018

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh menghubungi nombor dan emel yang tertera di atas. Anda juga boleh terus ke pautan ini : Biasiswa Yang Ditawarkan Yayasan Sarawak

 

Leave a Reply

Loading…

Himawari Ramen Bar, Kedai Ramen Homemade Terbaru Yang Power Di Kuching

Himawari Ramen Bar, Kedai Ramen Homemade Terbaru Yang Power Di Kuching

4 Buffet Ramadhan 2018 Berharga RM35 Ke Bawah Di Kuching