in

Perkhidmatan E-hailing MyCar Kini Di Kuching, Ini Cara Mendaftar Sebagai Pengguna Dan Pemandu

Perkhidmatan e-Hailing MyCar Kini Di Kuching, Kami Tunjukkan Cara Mendaftar Sebagai Pengguna Dan Pemandu
Kredit: MyCar

Perkhidmatan E-hailing MyCar Kini Di Kuching, Ini Cara Mendaftar Sebagai Pengguna Dan Pemandu

Ralat: @MyCar_Malaysia bukanlah akaun Twitter rasmi MyCar tetapi akaun yang diuruskan oleh seorang pemandu MyCar. ilovekch.com memohon maaf atas kesilapan ini.

Perkhidmatan e-hailing MyCar kini mula beroperasi di Kuching.

MyCar membuat pengumuman tersebut di akaun Twitter rasmi syarikat @MyCar_Malaysia pada 5 Mei 2018.

Kawasan yang mempunyai perkhidmatan MyCar di Kuching adalah seperti berikut:

  • Bandaraya Kuching
  • Kuching International Airport
  • Kota Sentosa
  • Kota Samarahan
  • Unimas
  • UiTM
  • Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak
  • Kampus Intan Sarawak
  • Lundu
  • Bau
  • Serikin

Cara-cara Menggunakan MyCar Sebagai Penumpang (atau tontoni video tutorial ini oleh MyCar)

1. Muat turun aplikasi MyCar dari Google Play atau App Store

2. Buka aplikasi untuk buat pendaftaran. Anda akan diminta untuk mengisi nombor telefon untuk mendapat kod. Sekiranya tiada kod diterima, gunakan kod ‘2304’ untuk mengaktifkan aplikasi MyCar.

3. Setelah log in, anda akan lihat pin untuk pick-up point anda. Isikan pick-up point yang baru atau sekiranya anda berpuas hati dengan pick-up point yang tertera, sila tekan butang Book NOW.

4. Selepas itu, isikan destinasi anda. MyCar akan tunjukkan harga. Dalam contoh di bawah ini, caj yang dikenakan MyCar dari Main Bazaar ke Aeon Kuching ialah RM6.

Perkhidmatan E-hailing MyCar Kini Di Kuching, Kami Tunjukkan Cara Mendaftar Sebagai Pengguna Dan Pemandu

 

5. Tekan butang Request MyCar Now.

Ketika artikel ini ditulis, bayaran secara tunai sahaja diterima.

 

Cara Mendaftar Sebagai Pemandu MyCar

1. Layari laman web MyCar 

Perkhidmatan E-hailing MyCar Kini Di Kuching, Ini Cara Mendaftar Sebagai Pengguna Dan Pemandu

2. Klik Driver Registration.

3. Klik Become A Driver.

Perkhidmatan E-hailing MyCar Kini Di Kuching, Ini Cara Mendaftar Sebagai Pengguna Dan Pemandu

4. Isikan butiran anda dalam borang dan hantar.

Perkhidmatan E-hailing MyCar Kini Di Kuching, Ini Cara Mendaftar Sebagai Pengguna Dan Pemandu

Ikuti perkembangan MyCar di Facebook.

MyCar menggelarkan diri mereka sebagai angkatan ketiga syarikat e-hailing di Malaysia. Kemasukan MyCar ke Kuching memberi satu lagi pilihan kepada para pengguna yang mencari khidmat e-hailing alternatif serta sumber pendapatan tambahan kepada mereka yang berminat menjadi pemandu selepas gabungan Grab dan Uber.

Untuk mengetahui lebih lanjut highlight gabungan dua gergasi e-hailing iaitu Grab dan Uber di Malaysia, klik artikel kami yang lalu di pautan ini : Grab Kini Bergabung Dengan Uber Dan Ianya Akan Lebih Memudahkan Anda

 

 

Facebook Comments
17 Aktiviti Gempak Anda Harus Sertai Di GlassHaus Weekends 4-6 Mei Ini

17 Aktiviti Gempak Anda Harus Sertai Di GlassHaus Weekends 4-6 Mei Ini

[Tidak rasmi]Mas Gading, Puncak Borneo Yang Dahulunya Milik BN Kini Di Tangan Pakatan Harapan

[Tidak rasmi]Mas Gading, Puncak Borneo Yang Dahulunya Milik BN Kini Di Tangan Pakatan Harapan