fbpx
Our Local Story

Perbezaan Ketara Hutan Di Sarawak Dan Brunei, Lihat Imej Mengejutkan Dari NASA Ini

Memang sangat berbeza.

Perbezaan Ketara Hutan Di Sarawak Dan Brunei, Lihat Imej Mengejutkan Dari NASA Ini. Beberapa hari yang lalu, Kedutaan Amerika Syarikat di Brunei Darussalam telah memuat naik imej dari NASA (The National Aeronautics and Space Administration) tentang perbezaan keadaan hutan di Sarawak dan sempadan Brunei.

Menerusi imej tersebut, kelihatan bahawa keadaan hutan di Brunei begitu terjaga dan masih tebal dengan hanya terdapat satu rangkaian jalan raya kecil.

Walau bagaimanapun, keadaan yang sebaliknya berlaku di sempadannya iaitu Sarawak. Di Sarawak, begitu jelas bahawa penggunaan sumber tanah begitu meluas dan seolah-olah tidak terkawal.

This NASA photo shows the striking difference between Brunei and Sarawak land use. On Brunei‚Äôs side, the virgin forest…

Posted by U.S. Embassy Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam on Wednesday, August 12, 2020

Kawasan hutan di Sarawak sangat meluas sehingga menampakkan tanah

Kawasan hutan yang ditarah di Sarawak digunakan untuk penanaman semula tanaman kelapa sawit.

Malah, penerokaan kawasan hutan di Sarawak juga dilaporkan sangat aktif sehingga menampakkan kawasan tanah yang tidak lagi ditutupi oleh sebarang tanaman.

Imej hutan yang telah ditebang di Sarawak juga dengan jelas menunjukkan terdapatnya rangkaian jalan raya kecil diselangi dengan sungai untuk tujuan pengangkutan berat dalam kawasan tersebut.

Imej yang berkeluasan 38 km x 38 km telah diambil oleh instrumen ASTER NASA pada tahun 2012 yang dikendalikan oleh pasukan sains dari Amerika dan Jepun.

Kedua-dua hutan tersebut berbeza status

Namun demikian, jika diamati dengan benar, kawasan Brunei yang bersempadan dengan Sarawak adalah kawasan hutan simpanan Brunei iaitu Hutan Simpanan Labi.

Sementara itu, kawasan Sarawak yang semakin botak itu pula merupakan kawasan yang tidak diwartakan sebagai kawasan hutan simpan. Tambahan pula, ia berdekatan dengan kawasan petempatan masyarakat Kenyah, iaitu Tutoh berdekatan Sungai Tutoh.

Perbezaan Ketara Hutan Di Sarawak Dan Brunei, Lihat Imej Mengejutkan Dari NASA Ini
Perbezaan Ketara Hutan Di Sarawak Dan Brunei, Lihat Imej Mengejutkan Dari NASA Ini
Sumber : Google Maps 2020

Apa pendapat anda tentang perkara ini? Kongsikan di ruangan komen.

Baca juga :

Artikel Berkaitan

Back to top button