fbpx
Our Local Story

Peragut Tegar Ditangkap, Rupa-Rupanya Bersembunyi Di Hotel Mewah

Peragut tegar disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya 4 kes ragut sejak Julai berjaya ditangkap

Peragut Tegar Ditangkap, Rupa-Rupanya Bersembunyi Di Hotel Mewah. Dilaporkan seorang peragut yang terlibat dalam sekurang-kurangnya 4 kes ragut sejak Julai ditangkap di sebuah hotel mewah.

Lelaki yang berusia 36 tahun itu ditangkap oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah diketuai Inspektor Muhammad Rizal semasa sebuah serbuan sekitar jam 11:10pm.

Peragut Tegar Ditangkap, Rupa-Rupanya Bersembunyi Di Hotel Mewah
Peragut Tegar Ditangkap, Rupa-Rupanya Bersembunyi Di Hotel Mewah

Suspek menginap di hotel untuk mengelak dikesan polis

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa, suspek menginap di hotel berkenaan untuk mengelak daripada dikesan polis.

Suspek disyaki melakukan jenayah ragut terbaharu pada 16 September di Jalan Carpenter.

Selain itu, beliau berkata bahawa suspek baharu sahaja dibebaskan dari penjara pada Mac setelah dihukum atas kesalahan meragut tetapi dia tidak pernah serik apabila disyaki melakukan lagi jenayah terbabit secara bersendirian bermula Julai lalu.

“Kita percaya kita sudah menyelesaikan sekurang-kurang 4 kes ragut yang dilaporkan berlaku di sekitar Kuching sejak bulan Julan dengan tangkapan suspek,” katanya lagi.

Gambar hiasan.

Pelbagai barang dirampas dari suspek

Antara barang yang dirampas dari suspek adalah kereta, dua buah motosikal dan wang tunai. Terdapat juga pakaian milik suspek serta topi keledar yang digunakannya semasa melakukan jenayah ragut di bilik hotel itu dan turut dirampas sekali.

Suspek bersama barang-barang kes kemudian di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda atau sebat dikenakan jika suspek didapati bersalah.

Suspek kini sedang ditahan reman dan polis tengah mengenalpasti rakan sejenayah suspek. Suspek juga didapati mempunyai rekod jenayah lampau berhubung dengan harta benda dan dadah.

Selain itu, suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine setelah menjalani ujian saringan awal air kencing.

Lagi di sini:

Sumber
Utusan Borneo

Artikel Berkaitan

Back to top button