Our Local Story

Pennywise The Clown Muncul Di Kuching – Dalam Bentuk Kek Hari Jadi

Pennywise The Clown Muncul Di Kuching – Dalam Bentuk Kek Hari Jadi

Pennywise The Clown Muncul Di Kuching – Dalam Bentuk Kek Hari Jadi

Seram! Badut jahat dari filem seram ‘IT’, Pennywise the Clown, telah muncul di sebuah parti hari jadi di Kuching!

Direka oleh The Enchantress’ Cauldron, kek hari jadi Pennywise the Clown menjadi tumpuan utama di parti hari jadi itu.

Kredit: The Enchantress’ Cauldron

Pembuat kek dan pemilik The Enchantress’ Cauldron, Lyanna Yusof, berkata beliau membuat kek yang menyeramkan ini untuk majlis hari jadi rakannya yang membuat permintaan kek bertemakan Pennywise.

Lyanna berkata kek ini mengambil masa beberapa jam sahaja untuk disiapkan.

Kredit: The Enchantress’ Cauldron

Perkara yang paling mencabarkan bagi Lyanna ialah membentuk muka Pennywise.

“Saya perlu pastikan soket mata, hidung dan mulutnya menonjol,” katanya kepada ilovekch.com.

Kredit: The Enchantress’ Cauldron

Flavour kek hari jadi Pennywise ialah gula apong, iaitu salah satu flavour yang paling popular di The Enchantress’ Cauldron.

Tak nak Pennywise makan anda? Kita makan dia dulu! Kredit: The Enchantress’ Cauldron

Pennywise the Clown ialah watak jahat dalam filem seram ‘IT’ yang menyerang dan memakan mangsa kanak-kanak. Filem tersebut diadaptasi daripada novel seram bertajuk ‘IT’ yang ditulis oleh Stephen King.

Beranikah anda memotong Pennywise the Clown sebagai kek hari jadi anda?

Jika anda ingin order kek-kek yang kreatif, jom singgah Instagram atau Facebook page The Enchantress’ Cauldron.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami