fbpx
Our Local Story

Peningkatan Mendadak Bungkusan 10 Kali Ganda Di Sabah Dan Sarawak, Cecah 1.39 Juta Sebulan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah

Peningkatan Mendadak Bungkusan 10 Kali Ganda Di Sabah Dan Sarawak, Cecah 1.39 Juta Sebulan. Pos Malaysia menerima jumlah penghantaran barang yang meningkat secara mendadak di Sabah dan Sarawak, sehingga mencecah 1.39 juta pada Jun.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, jumlah barang yang perlu dihantar ke Sabah dan Sarawak meningkat secara mendadak itu bermula pada Mei, iaitu sebanyak 791,000 ribu, berbanding 65,000 ribu pada Mac.

“Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan lebih ramai pengguna beralih kepada kaedah pembelian secara dalam talian”

“Ini menyebabkan peningkatan jumlah bungkusan yang diterima oleh Pos Malaysia, adalah jauh lebih tinggi daripada kapasiti memproses dan serahan sedia ada,” katanya ketika menjawab usul kamar khas Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen pada 16 Julai 2020.

Usul khas itu dibawakan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) yang bertanyakan mengenai jumlah sebenar peningkatan bungkusan barang di Sabah dan Sarawak, sehingga dikatakan sebagai peningkatan mendadak, susulan notis yang dikeluarkan Pos Malaysia sebelum ini.

Peningkatan Mendadak Bungkusan 10 Kali Ganda Di Sabah Dan Sarawak, Cecah 1.39 Juta Sebulan
Peningkatan Mendadak Bungkusan 10 Kali Ganda Di Sabah Dan Sarawak, Cecah 1.39 Juta Sebulan. Ciapan Pos Malaysia di laman twitter pada hujung April yang lalu.

Chan turut meminta jawapan mengenai tindakan kerajaan membantu Pos Malaysia dalam meningkatkan kapasiti, termasuk pengambilan lebih banyak kakitangan penghantaran atau pun melabur dalam lebih banyak kenderaan penghantaran.

Secara keseluruhannya pula, Saifuddin berkata kebiasaannya, Pos Malaysia menerima purata antara tujuh hingga lapan juta barang sebulan, namun pada April lepas, jumlah bungkusan yang diterima meningkat secara mendadak kepada 12.7 juta item, iaitu peningkatan sebanyak 82 peratus berbanding bulan Februari.

Jumlah barangan pada Mei dan Jun pula kekal tinggi melebihi 10.8 juta sebulan.

“Keadaan ini telah memberi tekanan kepada kapasiti pemprosesan dan serahan barangan Pos Malaysia. Untuk makluman, Pos Malaysia mempunyai kapasiti pemprosesan bungkusan antara 300 ribu hingga 400 ribu item sehari.

“Dengan peningkatan volum secara mendadak ini, Pos Malaysia kini perlu memproses item antara 600,000 hingga 800,000 item sehari, bersamaan peningkatan melebihi 100 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, pelaksanaan PKP juga menyebabkan banyak syarikat penerbangan komersial membatalkan penerbangan ke Sabah dan Sarawak, yang sekali gus memberi impak terhadap kapasiti penghantaran item dan menyebabkan kelewatan penghantaran.

Sehubungan itu Saifuddin berkata, bagi meningkatkan kapasiti pemprosesan dan penghantaran barangan ke seluruh negara terutama Sabah dan Sarawak, syarikat kurier menggunakan perkhidmatan penerbangan kargo daripada beberapa syarikat tempatan dan serantau, bagi menggantikan kekurangan penerbangan komersial sejak pertengahan April.

Selain itu, Pos Malaysia turut menambah lebih 1,300 kakitangan separuh masa, untuk mempercepatkan pemprosesan dan isian bungkusan di pusat-pusat Pos Laju seluruh negara sejak 1 April 2020, dan daripada jumlah itu, 30 peratus adalah pelantikan di Sabah dan Sarawak, katanya.

Saifuddin berkata, sehingga kini seramai 299 ejen ‘Pos Rider’ sepenuh masa dilantik, termasuk lebih 1,400 ejen Pos Rider sambilan yang diambil mengikut keperluan, serta daripada jumlah itu, 224 adalah lantikan di Sabah dan 270 di Sarawak.

“Bagi meningkatkan kapasiti serahan kepada penerima bungkusan, Pos Malaysia telah menambah bilangan ejen serahan di bawah program Pos Rider,” katanya.

Saifuddin memaklumkan syarikat kurier itu juga, akan membuka sebuah Pusat Pos Laju di Lok Kawi, Sabah, pada pertengahan Julai 2020 bagi meningkatkan kapasiti pemprosesan serta mempercepatkan serahan di kawasan sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Petagas, Kepayan, Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Kinarut, Lok Kawi, Kem Tentera dan kampung-kampung yang berhampiran.

Pusat ini juga akan menjadi hub pengangkutan item-item mel dan kurier baharu, untuk penghantaran ke bandar-bandar utama di Sabah.

Baca juga artikel berkaitan :

Sumber
Bernama

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close