Our Local Story

Pengasas Bersama Apple Inc, Steve Wozniak Akan Berucap Di WIEF 2017, Kuching

Pengasas Bersama Apple Inc, Steve Wozniak Akan Berucap Di WIEF 2017, Kuching

Pengasas Bersama Apple Inc, Steve Wozniak Akan Berucap Di WIEF 2017, Kuching

Pengasas Bersama Apple Inc, syarikat yang mengusahakan jenama telefon bimbit, tablet dan laptop yang sangat terkenal di dunia akan hadir di World Islamic Economic Forum 2017 yang akan diadakan pada 21-23 November di Borneo Convention Centre Kuching.

Tema forum tersebut tahun ini akan berkaitan dengan impak dan cabaran distruptive change

Menurut laporan dari TheBorneoPost , Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sarawak, Presiden Republik Tatarstan, Presiden Republik Seychelles, Presiden Union of Comoros dan President Bank Pembangunan Islam Dunia akan turut berucap bersama sama dengan Steve Wozniak.

Pengasas Bersama Apple Inc, Steve Wozniak Akan Berucap Di WIEF 2017, Kuching

Steve Wozniak yang dikatakan mempunyai net worth bernilai USD100 juta itu, dijadualkan berucap dalam sesi yang bertemakan ‘ Distruption, A Way Forward ‘. Beliau akan berkongsi pendapat beliau mengenai kreativiti, pengalaman mengetuai perubahan, inovasi dan juga empowering the people.

Menurut kenyataan Wozniak yang juga kami petik dari TheBorneoPost :

“There have always been disruptive changes at play brought on by rapid advances in technology. The effects of disruption have rippled through every aspect of modern civilisation – just look at how personal computing has fundamentally transformed everything from the economy to how society functions from the ground up,” said Wozniak.

Pengasas Bersama Apple Inc, Steve Wozniak Akan Berucap Di WIEF 2017, Kuching

Menurut Pengerusi WIEF, Tun Musa Hitam, beliau mengalu-alukan kehadiran Steve Wozniak ke Forum WIEF 2017 di Kuching. Kehadiran Steve Wozniak ke Forum tersebut juga menunjukkan kejayaan WIEF untuk mengetuai kolaborasi terutamanya di dalam distruptive change.

Pengasas Bersama Apple Inc, Steve Wozniak Akan Berucap Di WIEF 2017, Kuching

Steve Wozniak merupakan seorang yang memainkan peranan penting di dalam kewujudan jenama Apple Inc. , beliau membangunkan Apple I yang merupakan komputer pertama yang dihasilkan oleh syarikat tersebut. Beliau juga merupakan seorang ikon di Silicon Valley dan juga dermawan selama lebih 30 tahun.

Steve Wozniak kini berusia 67 tahun dan aktif dalam pelbagai jenis program komuniti.

Baca cerita lain : Pengarah The Conjuring, James Wan Berbicara Mengenai Sarawak Dan Juga Durian

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami