Our Local Story

Pengarah The Conjuring, James Wan Berbicara Mengenai Sarawak Dan Juga Durian

Pengarah The Conjuring, James Wan Berbicara Mengenai Sarawak Dan Juga Durian

Pengarah The Conjuring, James Wan Berbicara Mengenai Sarawak Dan Juga Durian

Lelaki di sebalik filem filem terkenal seperti The Conjuring, Saw & Insidious dan Fast & Furious 7 berkongsi kisah beliau semasa menjadi kanak kanak dan membesar di Sarawak.

Pengarah The Conjuring, James Wan Berbicara Mengenai Sarawak Dan Juga Durian

Beliau yang kini merupakan pengarah filem, penulis skrip dan juga producer yang berpengkalan di Hollywood sebelum ini melawat Sarawak kembali buat kali pertama selepas 20 tahun. Perkara tersebut sebelum ini viral di media sosial.

“Di sinilah saya dilahirkan. Saya  kembali untuk membiasakan diri dengan anggota keluarga yang jauh dan untuk melihat dan mengalami apa yang telah berubah, ” kata James pada apa yang memberi inspirasi kepadanya untuk kembali selepas bertahun-tahun.

“Ianya satu percutian yang baik. Saya mahukan perubahan budaya. Saya telah bekerja keras di Hollywood dan saya hanya mahu pergi untuk seketika. ”

James dilahirkan di Kuching dan kemudian berhijrah ke Australia bersama keluarga beliau ketika berusia 7 tahun.

Pengarah The Conjuring, James Wan Berbicara Mengenai Sarawak Dan Juga Durian

“Saya masih ingat makanan tempatan ,” dia teringat kenangan indah sejak bertahun-tahun lalu. “Saya masih ingat bahawa saya suka durian, yang merupakan salah satu perkara kegemaran saya. Saya tahu tidak semua orang suka durian tetapi saya suka dan saya suka rambutan dan juga Laksa

“Saya juga teringat merayakan Tahun Baru Cina.”

Pengarah The Conjuring, James Wan Berbicara Mengenai Sarawak Dan Juga Durian

Mengenang kembali tentang durian, dan asyik menyebut mengenai durian, James Wan ternyata masih mempunyai jiwa sebagai rakyat Malaysia.

Sebagai pengarah filem Blockbuster terbesar, iaitu Furious 7, beliau juga berkongsi pendapat mengenai projek filem di Malaysia.

” Jika ada lokasi yang sesuai, ianya sesuatu yang menarik. Ketika melawat Malaysia, saya rasakan ianya sesuatu yang menarik jika dapat mengambil filem di hutan belantara atau di pantai.

” Ianya sesuatu yang cantik, nothing crazy ” ujar beliau lagi.

James Wan kini sedang sibuk mengarah Filem DC Comic’s Aquaman yang dijangka akan dikeluarkan pada tahun 2018.

Baca lagi : Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Baca juga cerita menarik lain :

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami