Our Local Story

Pengambilan Peserta GETS Ditangguhkan Buat Sementara Waktu?

Pengambilan Peserta GETS Ditangguhkan Buat Sementara Waktu?

Pengambilan Peserta GETS Ditangguhkan Buat Sementara Waktu?

Menurut sebuah email yang dihantar kepada syarikat syarikat merupakan partner kepada program GETS, pengambilan untuk peserta latihan industri dan juga pengambilan syarikat baru sebagai partner program GETS ditangguhkan buat sementara waktu semenjak bulan Julai yang lalu.

Pengambilan Peserta GETS Ditangguhkan Buat Sementara Waktu?

 

GETS atau nama panjangya, Graduate Enhancement Training Scheme merupakan sebuah program untuk graduan :

Apakah GETS?

  • 12 bulan kerja praktikal untuk graduan memperolehi kemahiran berkaitan industri dan meningkatkan kebolehpasaran Menggabungkan 4 – 8 minggu latihan berstruktur
  • Peserta akan menerima elaun latihan bulanan minimum RM 1,000 (pemegang Ijazah) dan RM 800 (pemegang Diploma) dari syarikat yang diletakkan
  • Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian boleh menuntut elaun bulanan yang dibayar daripada Kerajaan Negeri apabila memberikan laporan yang diperlukan
  • Peserta boleh keluar program sekiranya mendapat pekerjaan tetap

 

Pengambilan Peserta GETS Ditangguhkan Buat Sementara Waktu?

Bagi anda yang tidak tahu, program GETS baru sahaja dimulakan pada tahun lepas :

Graduan menganggur dibantu dapat kerja menerusi GETS: Allahyarham TS Adenan, 2016

“Pengenalan GETS adalah berobjektif pertamanya membolehkan graduan memperolehi pengalaman kerja berharga melalui latihan kerja sebagai pelatih untuk maksimum tempoh satu tahun di sebuah syarikat perniagaan atau perindustrian dan mereka akan menghadiri kursus khas berstruktur.

“Selain itu, ia membantu syarikat untuk menghadapi situasi ekonomi yang mencabar kini. Dengan hanya menyertai GETS mereka boleh mengekalkan perniagaan semasa atau memperluaskannya dengan bantuan pelatih GETS,” kata beliau.

“Saya berterima kasih kepada syarikat Rakan GETS dan berharap lebih banyak lagi yang akan menyertai kemudian. Dengan bekerjasama seperti ini, kita boleh mengurangkan pengangguran dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri untuk manfaat kepada rakyat,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat tentang pengangguran terutama di kalangan graduan.

Malah, katanya, ia akan melemahkan semangat graduan serta keluarga mereka dan pengangguran berpanjangan boleh membawa kepada masalah sosial lain yang serius.

Sumber : BorneoPost 2016

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami