fbpx
Our Local Story

Pendaftaran Program Pembangunan Usahawan Shell LiveWire Kini Dibuka. Jom Apply!

4.2K Shares

Pendaftaran Program Pembangunan Usahawan Shell LiveWire Kini Dibuka. Jom Apply!

Program Shell LiveWIRE ini bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi tempatan dengan mempromosikan keusahawanan dan membangunkan usahawan. Memasuki tahun keempat, program Shell LiveWIRE kini telah melatih dan memberi manfaat kepada ratusan usahawan di Sarawak.

Pendaftaran Program Pembangunan Usahawan Shell LiveWire Kini Dibuka. Jom Apply!

Program Shell liveWIRE terbahagi kepada dua, iaitu pra-permulaan dan juga selepas-permulaan. Pada peringkat pra permulaan, peserta akan didedahkan dengan beberapa siri bengkel dan juga pemilihan bermula dengan :

1. The Bright Ideas
2. Become A Successful Owner Manager
3. Pitching

10 peserta yang terpilih akan mendapat peluang untuk membentangkan idea perniagaan mereka dan merebut peluang untuk menjadi salah 1 dari 5 pemenang program Shell Live Wire kali ini. Pemenang akan meneruskan perjalanan mereka ke fasa selepas-permulaan di mana mereka akan menerima :

Untuk tahun 2019, bengkel Shell LiveWIRE Bright Ideas akan diadakan di SMA-TEGAS Digital Innovation Hub di seluruh Sarawak. Permohonan kini dibuka dan usahawan-usahawan disarankan untuk memohon sesi bengkel di bandar bandar berdekatan dengan mereka. 3 sesi bengkel ini adalah seperti dibawah :

  • Bright Ideas Workshop, Kuching – 6 Julai 2019
  • Bright Ideas Workshop, Bintulu – 13 Julai 2019
  • Bright Ideas Workshop, Miri – 13 Julai 2019
Pendaftaran Program Pembangunan Usahawan Shell LiveWire Kini Dibuka. Jom Apply!

Siapa Yang Layak Untuk Memohon?

  • Anak Sarawak yang berusia 18 tahun ke atas

Program ini juga menggalakan sesiapa yang mempunyai idea idea dalam industri tenaga and mobiliti, makanan, pertanian dan macam macam lagi. Program ini adalah percuma!

Pendaftaran Program Pembangunan Usahawan Shell LiveWire Kini Dibuka. Jom Apply!

Sejak diwujudkan, Program Shell LiveWIRE telah membantu usahawan tempatan untuk melancarkan perniagaan mereka dan ada dalam antara mereka telah mendapat pengiktirafan domestik dan antarabangsa. Antara usahawan yang telah mendapat pengiktirafan adalah Hung Yee Wee dan syarikat beliau, Worming Up. Beliau telah memenangi top award in the retail chain category pada pertandingan Shell LiveWIRE Global Top Ten Innovator Awards yang diadakan tahun lepas.

Untuk pengetahuan anda, Program Shell LiveWIRE dikelolakan oleh Shell Malaysia dengan kerjasama Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak dan Satu Creative.

Untuk permohonan, anda boleh terus ke pautan dengan menekan butang di bawah :

4.2K Shares
Related posts
Our Local Story

Keluarga Pelayar Ini Kongsikan Pengalaman Menarik Mereka Di Kuching

Our Local Story

3 Aplikasi Servis Penghantaran Makanan Yang Anda Boleh Cuba Di Kuching

Our Local Story

Sambutan Hari Malaysia Di Padang Merdeka Kuching Pada 16 September 2019

Our Local Story

Temuduga Pengambilan Bakal Pegawai & Lain Lain Pangkat Pasukan Simpanan TLDM Kuching Akan Dibuka Pada 24 Ogos 2019

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami

Copy link
Powered by Social Snap