Our Local Story

Pemantau Bersih Sarawak Terima 32 Aduan PRU-14

Pemantau Bersih Sarawak Terima 32 Aduan PRU-14

Pemantau Bersih Sarawak Terima 32 Aduan PRU-14

Bersih Sarawak telah menerima 32 aduan berkaitan kesalahan yang melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Naib Pengerusi Bersih Sarawak Ann Teoh berkata aduan diterima adalah berkenaan dengan pemberian hadiah, jamuan, pengaruh tidak wajar daripada pihak tertentu dan berkempen pada hari mengundi, menurut laporan oleh Utusan Online.

“Pemantauan kami juga mendapati terdapat kegiatan mencurigakan terancang dengan pengundi menunjukkan kad pengenalan kepada seorang individu sebelum menandatangani sesuatu dan diberikan sejumlah wang atau satu sampul coklat yang disyaki aktiviti membeli undi.

“Justeru, kami meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat individu-individu yang dipercayai melakukan kesalahan berkenaan dan aktiviti membeli undi di sini,” katanya ketika sidang akhbar Laporan Ringkas Pasca PRU-14 hari ini.

Beliau berkata segala maklumat, video dan gambar berkaitan telah dikumpulkan pihak Bersih pusat untuk tindakan lanjut.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami