Our Local Story

Pemandu Rempuh Ambulans Yang Membawa Wanita Mengandung Hingga Terbalik

[Video] Pemandu Rempuh Ambulans Di Lampu Isyarat Jalan Kereta Api

Pemandu Rempuh Ambulans Yang Membawa Wanita Mengandung Hingga Terbalik

Seorang pemandu telah melanggar sebuah ambulans di persimpangan Jalan Keretapi Dan Jalan Green, Kuching kira-kira 9.45 pagi tadi.

Dalam video tersebut, pemandu kenderaan SUV tersebut kelihatan tidak sempat berhenti ketika kenderaan lain memberi jalan kepada ambulans tersebut dan melanggar ambulans sehingga terbalik.

Difahamkan ambulans tersebut sedang dalam perjalanan menghantar seorang wanita mengandung dari Kota Samarahan ke Hospital Umum Sarawak, The Borneo Post melaporkan.

“Apabila sampainya simpang di lampu isyarat, sebuah SUV tidak sempat berhenti dan melanggar tepi ambulans tersebut, menyebabkan ambulans itu terbalik, ” kata seorang sumber.

Video dari media sosial menunjukkan SUV tersebut merempuhi ambulans ketika pemandu melepasi lampu isyarat, yang menunjukkan warna hijau dari arah SUV tersebut. Manakala kenderaan lain sempat berhenti untuk memberi jalan kepada ambulans tersebut.

Wanita mengandung yang berusia 40 tahun dari Kampung Nakong, Samarahan bersama pemandu ambulans dan penumpang telah dihantar ke SGH untuk rawatan.

Semua mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kejadian yang berlaku pagi tadi berdekatan dengan tepian gelanggang, Kuching.

Posted by I Love Kuching on Monday, February 25, 2019
Related posts
Our Local Story

Sarawak Pay Nak Berik Handphone Free Sempena Agenda OKSHE. Tok Caranya

Our Local Story

Grab Food Bakal Meluaskan Perkhidmatan Mereka Ke Kuching

Our Local Story

Cacian Netizen Terhadap Peniaga Pakistan Di Bau Menjengkelkan

Our Local Story

Permohonan Biasiswa Sarawak Energy 2019 Kini Dibuka

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami