Our Local Story

Pelukis Mural Dari Kuching Ini Dipilih Untuk Mengharumkan Nama Malaysia Di Melbourne

Pelukis Mural Dari Kuching Ini Dipilih Untuk Mengharumkan Nama Malaysia Di Melbourne

Pelukis Mural Dari Kuching Ini Dipilih Untuk Mengharumkan Nama Malaysia Di Melbourne

Nama Leonard Siaw mungkin masih tidak berapa dikenali dalam kalangan warga Kuching, namun buat anak muda ini yang meninggalkan kerja sepenuh masa untuk menjadi pelukis mural professional, hasil penat lelah beliau kini membuahkan hasil apabila terpilih untuk mewakili Malaysia di Wall to Wall Benalla Festival 2018 yang akan diadakan di Melbourne.

Pelukis Mural Dari Kuching Ini Dipilih Untuk Mengharumkan Nama Malaysia Di Melbourne

Pada Melbourne Street Art Competition yang diadakan di Kuala Lumpur baru baru ini, beliau telah menewaskan beberapa pesaing beliau yang lebih berpengalaman, ada antara mereka juga telah mempunyai projek seni di luar negara.

Pelukis Mural Dari Kuching Ini Dipilih Untuk Mengharumkan Nama Malaysia Di Melbourne

Bagi anda yang pernah berkunjung ke salah satu food court di Vivacity Megamall, anda akan melihat salah satu mural yang telah dilukis oleh beliau.

Pelukis Mural Dari Kuching Ini Dipilih Untuk Mengharumkan Nama Malaysia Di Melbourne

Jika anda berkunjung ke The Borneo House Museum, anda akan melihat Mural Art dalam bentuk 3D yang dilukis oleh Leonard Siaw.

Dipetik dari akhbar The Borneo Post mengenai Melbourne Street Art Competition, Leonard Siaw berkata :

“This piece is inspired by the natural-experience destinations in Melbourne, such as the diving sites along the Great Ocean Road where you might meet the reef turtle and other marine species.”

“The reason why I place the reef turtle in the artwork is because while it belongs to the sea, it can also perform on land. Therefore I’m using its back to portray ‘the land surrounded by the water’ – meaning island.

“As for the penguins standing on it, they’re simply portraying the famous Philip Island in Melbourne. The girl with the binoculars in a kangaroo’s pocket symbolise you exploring the sea and islands in the southernmost point of Australia.”

Tahniah kami ucapkan kepada beliau yang berani untuk berimpian besar dan berusaha untuk mencapai kejayaan. Bagi anda yang ingin mengikuti perkembangan beliau, boleh ikuti laman sosial beliau di sini : Siawistic Muralart

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami