Our Local Story

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Seperti yang kami pernah paparkan sebelum ini : Kuching Kini Jadi Pilihan Golongan Digital Nomad Dari Luar Negara . Kuching menjadi pilihan pengembara dari seluruh dunia untuk mendapatkan ambiece yang lebih relax dan tidak padat seperti bandar bandar utama yang lain.

Dalam artikel ini, pelayar dari Australia ini kongsikan mengapa beliau cintakan Kuching.

Kelly Turpin menulis coretan ini pada tahun 2015 :

Kuching adalah sesuatu yang mengejutkan. Bukan sahaja bandar kecil ini mempunyai makanan yang menakjubkan, bangunan yang menarik, bersih dan juga kurang chaotic tidak seperti bandar bandar besar yang lain.

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Perkara pertama yang saya sedar ketika dalam perjalanan ke hotel adalah jalan raya yang bersih dan taman hijau yang cantik. Pemandu teksi kami memberitahu bahawa Kuching dipecahkan kepada 2 bahagian, iaitu Kuching Utara dan Kuching Selatan. Taman hijau, jalan raya yang bersih dan up-kept buildings boleh dilihat merata rata di Kuching!

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Populasi di Bandar Kuching hanya sekitar 400 000 (690 xxx mengikut statistik 2016) merupakan jumlah yang tidak banyak untuk sebuah bandar utama di Asia Tenggara. Jalan raya juga tidak sesak dan agak mudah untuk bergerak dengan menggunakan kereta.

Kami tiba di hotel kami terlalu awal jadi kami mengupah teksi untuk membawa kami ke Waterfront Kuching. Ah Nam, iaitu pemandu kami sangat mesra dan juga berpengetahuan. Kuching, jika di eja di dalam bahasa melayu merupakan Kucing, dan anda boleh melihat banyak patung kucing di sekitar bandar ini!

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Ah Nam juga menunjukkan kepada kami sesetengah local attractions yang terdapat di Kuching dan juga menceritakan sejarah Kuching. Apabila ditanya oleh Dwayne, Ah Nam menunjukkan kepada kami open air market sebelum menghantar kami ke tempat untuk kami menyewa scooter. Kami mengambil scooter dan bersedia untuk pengalaman selama 4 hari di Kuching!. Lokasi pertama yang kami pergi adalah open air market untuk makan. Terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap dan juga murah!

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Hentian seterusnya adalah Waterfront Kuching di mana anda boleh dapatkan makanan tempatan, cenderamata, hiburan dan juga laksa sarawak!

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

gambar hiasan

Laksa Sarawak adalah signature dish sekiranya anda berkunjung ke Kuching. Biasanya ianya dihidangkan untuk sarapan pagi tapi sesetengah tempat turut menjualnya untuk makan tengah hari, dan juga makan malam. Ketika berjalan di waterfont, saya telah mencuba laksa sarawak yang sangat sedap dan hanya berharga RM6.00.

Kami menikmati percutian kami di Kuching dan tidak teragak agak untuk mencadangkan Kuching sebagai lokasi percutian. Kuching juga mempunyai banyak tokong, gereja, masjid dan juga taman negara, tapi kami tidak sempat untuk melawat kesemuanya. Percutian kali ini lebih untuk kami berehat di hotel dan juga menghabiskan masa di bandar untuk makan.

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

‘ The Square Tower ‘ yang dibina pada tahun 1879?

*kini merupakan Restoran Magenta*

Kami pergi ke Damai Beach, tetapi kerana kelemahan kami sendiri yang tidak mencari maklumat mengenai tempat tersebut ianya tidak seperti yang kami jangka. Damai Beach Resort memerlukan $5 untuk entry fee sebelum kami dapat masuk dan membeli minuman. Bayaran tersebut pula tidak memberi kami akses kepada kolam renang. Air pun surut dan tiada yang menarik. Tapi kami menikmati perjalanan kami ke Damai Beach.

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Burung Kenyalang merupakan ikon untuk Sarawak. Burung kenyalang kini diancam kepupusan kerana mereka diburu untuk dijadikan ubat-ubatan tradisional. Ketika kami berjalan jalan di sekitar main bazaar juga kami ada melihat orang menjual burung kenyalang. Memalukan!

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Kami pergi ke Bako dengan harapan untuk ke Bako National Park untuk melakukan hiking dan juga melihat haiwan. Anda tidak dapat untuk menghala ke Bako National Park terus dengan menggunakan kenderaan darat, anda harus menggunakan bot yang mengambil perjalanan selama 30 minit. Apabila tiba di Kampung Bako kami dapati bot yang sepatutnya beroperasi sepanjang hari, tidak beroperasi sepenuhnya. Bot pertama akan bergerak pada pukul 2 petang, dan kami perlu tunggu selama tiga jam dan sudah tentu tidak ada masa yang cukup untuk kami mengejar bot untuk balik, kemudiannya. Jadi kami memutuskan untuk melepaskan peluang ke Bako National Park. Something to do next time.

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Makanan, makanan, makanan. Semuanya adalah mengenai makanan! Makanandi Kuching sangat menarik dan sedap. Makanan sekali lagi menjadi highlight untuk pengembaraan kami. Kami pergi ke banyak hawker stalls, warung kecil, bistro dan juga restoran Bla Bla Bla dimana kami menikmati delicious mango duck dan juga ostrich rolls.

Kami juga makan di James Brooke Bistro untuk beberapa kali. Tempat yang menarik di Waterfront dan juga harga yang berpatutan bagi kami.

Di seberang sungai juga ada food court, di mana anda boleh menggunakan bot penambang dengan harga yang murah. Terdapat banyak pilihan makanan di situ.

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Kami juga sangat bertuah kerana dapat melihat perarakan yang berlangsung di bandar. Kami kurang pasti ianya untuk perayaan apa, cuma yang kami tahu jalan raya ditutup dan perarakan diakhiri dengan pertunjukan bunga api.

Pelayar Dari Australia Ini Kongsikan Mengapa Beliau Cintakan Kuching

Gambar hiasan. Kredit Gambar : Chua Wee Boo

Verdict kami – Jika anda mempunyai peluang untuk melawat Kuching, jangan lepaskan peluang tersebut. Ianya perubahan yang menyegarkan dari bandar yang chaotic dan kotor yang merupakan sinonim dengan bandar bandar lain yang terdapat di Asia.

Artikel asal : Why I Love Kuching 

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami