Our Local Story

Pelajar Swinburne Hasilkan Aplikasi Augmented Reality Rentap AR Untuk Tujuan Pembelajaran

Pelajar Swinburne Hasilkan Aplikasi Augmented Reality Rentap AR Untuk Tujuan Pembelajaran

Sebelum ini kami pernah menerbitkan artikel mengenai Ahmad Zulfadzli, kanak kanak berumur 13 tahun yang menghasilkan aplikasi untuk menggantikan buku teks.

Hack Weekeend KCH 2017 yang diadakan sempena Forum Belia TEGAS itu juga mempunyai kategori Senior di mana mereka yang berusia 18 tahun ke atas dicabar untuk menyelesaikan 1 masalah di dalam kategori pendidikan dan mereka dicabar untuk menyediakan prototaip dalam masa 40 jam sahaja.

Pelajar Swinburne Hasilkan Aplikasi Augmented Reality Rentap AR Untuk Tujuan Pembelajaran

Sebanyak 10 pasukan mengambil bahagian dan 3 buah pasukan berjaya melayakkan diri untuk memasuki peringkat akhir yang diadakan di Great Hall, Borneo Convention Centre Kuching.

Hack Weekend KCH 2017 untuk kategori senior kali ini dimenangi oleh pelajar dari Swinburne University Of Technology Sarawak yang berjaya mengalahkan 9 lagi kumpulan lain, termasuk mereka yang jauh lebih berumur dari mereka.

Pelajar Swinburne Hasilkan Aplikasi Augmented Reality Rentap AR Untuk Tujuan Pembelajaran

Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai nuggets duo tersebut menghasilkan aplikasi augmented reality RENTAP AR yang boleh digunakan untuk menjadikan proses pembelajaran untuk menjadi lebih menarik.

Pelajar Swinburne Hasilkan Aplikasi Augmented Reality Rentap AR Untuk Tujuan Pembelajaran

Jika anda pernah memuat turun game Pokemon Go yang pernah viral tidak lama dahulu, anda semestinya akan familiar dengan Augmented Reality.

Pelajar Swinburne Hasilkan Aplikasi Augmented Reality Rentap AR Untuk Tujuan Pembelajaran

Teknologi Augmented Reality ini menjadikan sesi pembelajaran lebih menarik dan ianya juga merupakan contoh di mana penggunaan telefon pintar boleh dijadikan satu tool untuk tujuan pembelajaran.

Pelajar Swinburne Hasilkan Aplikasi Augmented Reality Rentap AR Untuk Tujuan Pembelajaran

Hadiah untuk pemenang pemenang Hack Weekend KCH 2017 disampaikan oleh Yang Amat Berhormat, Ketua Menteri Sarawak. Juara Hack Weekend KCH untuk kategori senior membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM1500.

Hack Weekend KCH 2017 adalah Hackathon yang diadakan selama 40 jam secara berterusan dan bertujuan untuk menyelesaikan masalah dengan menggunakan teknologi. Ianya ditaja oleh Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak, Malaysian Global Innovation and Creativity Centre dan disokong oleh IBM.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami