fbpx
More

    Pelajar B40 Yang Pulang Dari Luar Negara Dikecualikan Bayaran Kuarantin Wajib

    Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan hari ini.

    Pelajar B40 Yang Pulang Dari Luar Negara Dikecualikan Bayaran Kuarantin Wajib. Susulan penguatkuasaan semula kuarantin 14 hari di pusat kuarantin untuk ketibaan dari luar negara, kerajaan hari ini memberi kelonggaran bayaran kuarantin kepada pelajar yang tidak berkemampuan.

    Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media hari ini.

    Jelasnya, pelajar yang tidak berkemampuan membayar kos penginapan sepanjang tempoh kuarantin akan dikecualikan daripada membuat sebarang bayaran.

    Pelajar B40 Yang Pulang Dari Luar Negara Dikecualikan Bayaran Kuarantin Wajib
    Sumber foto : BERNAMA

    Pelajar akan dikuarantin di Institut Latihan Awam (ILA)

    Bagi pelajar yang sudah pun berada di Malaysia, mereka boleh membuat permohonan ke Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA). Pelajar yang baru tiba bermula hari ini pula akan terus dihantar ke Institut Latihan Awam (ILA) untuk diberikan penginapan kuarantin secara percuma.

    Para pelajar yang bakal pulang ke tanah air dinasihatkan untuk mendaftar dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia dengan mengemukakan maklumat peribadi dan latar belakang keluarga untuk dihantar ke pihak NADMA.

    Hal ini bagi membolehkan mereka dihantar terus ke ILA sebaik sahaja mereka tiba di Malaysia dan tidak perlu lagi menunggu di lobi hotel.

    Keputusan ini dibuat susulan laporan tentang pelajar yang baru pulang dari Yaman terpaksa ‘merempat’ di lobi hotel kerana tidak mampu membayar kos kuarantin.

    Pelajar B40 Yang Pulang Dari Luar Negara Dikecualikan Bayaran Kuarantin Wajib
    Pelajar B40 Yang Pulang Dari Luar Negara Dikecualikan Bayaran Kuarantin Wajib

    Kos kuarantin untuk pelajar tajaan, biasiswa dan pinjaman perlu ditanggung oleh institusi pembiayaan

    Dalam masa yang sama, kos penginapan untuk pelajar yang ditaja, membuat pinjaman atau menerima biasiswa untuk belajar di luar negara hendaklah dijelaskan oleh institusi yang memberi mereka biaya.

    Para pelajar yang berkemampuan juga disarankan untuk membayar sendiri kos kuarantin tersebut.

    51 individu dikenakan tindakan akibat langgar perintah kuarantin di rumah

    Menurut Ismail Sabri, pihaknya turut mengambil berat tentang isu pelanggaran SOP terutamanya bagi individu yang menjalani kuarantin wajib di rumah yang menyumbang kepada peningkatan semula kes di Malaysia.

    Pihak KKM dan PDRM juga sedang giat menjalankan pemeriksaan mengejut bagi memastikan mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

    Pelajar B40 Yang Pulang Dari Luar Negara Dikecualikan Bayaran Kuarantin Wajib
    Gambar hiasan

    Semalam, sebanyak 2,160 pemeriksaan mengejut dijalankan dan seramai 51 individu dikenakan tindakan kerana melanggar perintah kuarantin wajib di rumah.

    Patuhi SOP ya semuanya. Buang sifat pentingkan diri sendiri.

    Artikel Berkaitan