Our Local Story

Pelajar 19 Tahun Dari Kuching Penerima History Maker Award

Pelajar 19 Tahun Dari Kuching Penerima History Maker Award Di History Con 2017

Pelajar 19 Tahun Dari Kuching Penerima History Maker Award

Seorang pelajar dari Kuching mengharumkan nama Sarawak apabila beliau menerima History Maker Award sewaktu Majlis Penutupan History Con 2017 yang diadakan pada 6 Ogos di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).

Faye Jong Sow Fei, 19, adalah antara 10 penerima History Maker Award, piala yang dianugerahkan kepada 10 warga Malaysia terkemuka yang memberi impak yang besar kepada pembangunan dan budaya Malaysia.

Faye menjadi terkenal pada tahun 2015 apabila beliau menjadi warga Malaysia yang pertama diberi penghormatan oleh pihak Lincoln Observatory Near-Earth Object Team (#LINEAR) yang memberi nama asteroid menggunakan nama beliau iaitu #31460Jongsowfei (1999 CV19).

Pengiktirafan tersebut berikutan daripada kejayaan beliau mewakili SMK Batu Lintang, Kuching di dalam pertandingan Intel International Science and Engineering Fair (ISEF) di Los Angeles, Amerika Syarikat pada tahun 2014 dan penerimaan anugerah di European Union Contest for Young Scientists (EUCYS) di Warsaw, Poland atas ciptaannya pewarna semulajadi hasil dari sisa bahan buangan seperti kulit manggis, kulit rambutan, nanas, uncang teh dan sisik ikan.

Baca tulisan Faye tentang perjalanannya dalam pertandingan sains di sini : Journey Through Science.

Anda juga boleh tonton video ted talks beliau di bawah :

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami