fbpx
Our Local Story

Pekerja Ladang Rompak, Rogol Dan Tinggalkan Kekasih Di Tepi Jalan

Seorang lelaki mengaku merogol dan merompak kekasihnya kemudian meninggalkannya di tepi jalan.

Pekerja Ladang Rompak, Rogol Dan Tinggalkan Kekasih Di Tepi Jalan. Perbuatan keji seorang pekerja ladang yang telah merogol, merompak dan meninggalkan kekasihnya di tepi jalan telah dijatuhkan hukuman 19 tahun penjara berserta 5 sebatan.

Pekerja Ladang Rompak, Rogol Dan Tinggalkan Kekasih Di Tepi Jalan. Kredit gambar: UtusanBorneo
Pekerja Ladang Rompak, Rogol Dan Tinggalkan Kekasih Di Tepi Jalan. Kredit gambar: UtusanBorneo

Tertuduh mengaku bersalah

Mohammad Fadzil Firman berumur 27 tahun telah mengakui kelakuan kejinya itu.

Mangsa Fadzil telah mengalami kemurungan serta tekanan akibat kejadian tersebut.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak telefon bimbit milik mangsa.

Kedua-dua perbuatan tersebut dilakukan terhadap mangsa yang berusia 23 tahun pada 2 September lalu pukul 7 malam di sebuah ladang buah terletak berhampiran Jalan Rambungan, Lundu.

Mangsa diserang setelah mangsa yang baru-baru ini memohon pekerjaan sebagai kerani dan dibawa oleh tertuduh menaiki motosikal untuk pergi di tempat kerja tersebut.

Pekerja Ladang Rompak, Rogol Dan Tinggalkan Kekasih Di Tepi Jalan

Mengugut mangsa untuk memuaskan nafsunya

Tertuduh kemudiannya mengugut mangsa untuk memuaskan nafsunya, dan jika mangsa enggan melakukannya mangsa akan tidak dihantar pulang.

Mangsa menangis dan merayu kepada tertuduh, tetapi tertuduh bertindak menolak mangsa dan merogolnya.

Selesai melakukan perbuatan terkutuk itu, tertuduh pula merompak telefon bimbit mangsa.

Mangsa kemudiannya balik ke rumah dengan menumpang pengguna jalan raya yang kebetulan menggunakan jalan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Ruthra Raj telah memohon agar tertuduh dijatuhkan hukuman berat kerana perbuatannya telah mengakibatkan trauma kepada mangsa.

Justeru itu, mahkamah telah menetapkan tertuduh dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan empat sebatan dan mengarahkan kedua-dua hukuman dijalankan secara berturutan.

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button