in

PBB Nafi Sertai PH: ‘Kami Bukan Katak Yang Terdesak’

PBB Nafi Sertai Pakatan Harapan: 'Kami Bukan "Katak" Yang Terdesak'

PBB Nafi Sertai PH: ‘Kami Bukan ‘Katak’ Yang Terdesak’

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Abdullah Saidol menyatakan bahawa andaian Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) teringin untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) ialah sebuah “cerita dongeng”.

Abdullah berkata PBB akan mempertahankan integriti serta maruah perjuangan politik mereka dan tidak akan bertindak seperti “katak” untuk menyertai PH.

“PBB tidak terdesak kerana kami dalam BN (Barisan Nasional) Sarawak secara amnya tahu di mana letaknya kekuatan serta kelebihan kami di Sarawak,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut untuk menafikan spekulasi yang mengatakan PBB berhasrat menyertai PH untuk membentuk kerajaan.

Spekulasi tersebut tercetus daripada laporan di portal berita online yang menyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berjumpa dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Kuala Lumpur.

Mengenai kenyataan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jin semalam untuk menangkap pemimpin-pemimpin yang korup, Abdullah berkata Chong tidak harus bersikap hipokrit dan ‘double standard’.

“Nasihat saya ialah beliau harus memulakan tindakan beliau dengan menyiasat dulu pemimpin-pemimpin korup yang sekarang ini ramai dalam rumah PH mereka sendiri.

“Chong bercakap tentang perjuangan DAP dalam isu-isu intergriti dan mencadangkan supaya mereka yang ingin menyertai PH mestilah melalui proses saringan MACC (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Yang peliknya dan fakta yang benar ialah semua calon PH tidak pernah dirujuk atau diproses oleh MACC sebelum bertanding dalam PRU baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Abdullah berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyatakan kesediaan pentadbiran beliau untuk bekerjasama dengan kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan.

“Kerajaan negeri akan memastikan kerjasama ini mestilah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan menjejaskan hak serta kepentingan negeri.

“Kerajaan negeri juga akan memantau dengan teliti perkembangan serta usaha kerajaan persekutuan yang ditadbir PH ini untuk mengotakan janji-janji kempen dan manifesto mereka terutama sekali yang melibatkan kepentingan negeri Sarawak.

“Perlu dinyatakan juga bahawa kerajaan negeri Sarawak yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tidak akan berganjak malah meneruskan usaha untuk menuntut segala hak-hak serta kepentingan negeri yang termaktub secara sah dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.”

 

Pakatan Harapan Sarawak: 'Kami Tidak Akan Terima Parti BN Sarawak

Pakatan Harapan Sarawak: ‘Kami Tidak Akan Terima Parti BN Sarawak’

6 Pemimpin Politik Sarawak Sertai PKR

6 Pemimpin Politik Sarawak Sertai PKR