Our Local Story

Panduan Bagi Mendapatkan Tapak Bazar Ramadhan Di Satok & Semarak

Panduan Bagi Mendapatkan Tapak Bazar Ramadhan Di Satok Dan Semarak

Panduan Bagi Mendapatkan Tapak Bazar Ramadhan Di Satok Dan Semarak

Press Release Dari Dewan Bandaraya Kuching Utara yang menguruskan Bazaar Ramadhan Satok dan Semarak.

PETAK JUALAN BAGI BAZAR RAMADAN DBKU 2017 / 1438H

Sempena menyambut bulan Ramadan pada tahun ini, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah menyediakan tapak-tapak jualan Ramadan di dua kawasan iaitu Satok dan Semarak.

Proses pendaftaran akan diadakan pada 11 Mei 2017 (Khamis) di Stadium Perpaduan, Jalan Stadium, Kuching mulai jam 8.30 pagi dan semua pemohon mestilah membawa:-
a) Dua (2) keping gambar berukuran pasport;
b) Satu (1) salinan Kad Pengenalan;
c) Sijil Kursus Pengendalian Makanan;
d) Laporan Pemeriksaan Kesihatan beserta suntikan tifoid (Vaksin Kepialu); dan
e) Yuran pembayaran (Tunai).

Senarai tapak dan kadar caj Bazar Ramadan adalah seperti berikut :-

TAPAK BAZAR RAMADAN SATOK :-
Kadar Bayaran
Penjualan Ayam / Ikan Panggang
RM450.00
Penjualan Pelbagai Makanan / Minuman / Kuih-muih
RM400.00

TAPAK BAZAR RAMADAN SEMARAK :-
Kadar Bayaran
Penjualan Ayam / Ikan Panggang
RM400.00
Penjualan Pelbagai Makanan / Minuman / Kuih-muih RM340.00

Semua pemohon yang berjaya ditawarkan petak dikehendaki menghadiri sesi taklimat dan pengundian pada 17 Mei 2017 (Rabu) bermula jam 9.00 pagi bertempat di Auditorium DBKU, Ibu Pejabat DBKU, Bukit Siol, Jalan Semariang, Kuching. Bilangan permit yang dikeluarkan adalah terhad berdasarkan kepada petak yang disediakan dan sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

Panduan Bagi Mendapatkan Tapak Bazar Ramadhan Di Satok Dan Semarak

Selain itu, mereka yang telah mendapat petak berniaga semasa Bazar Ramadan adalah dikehendaki mematuhi syarat-syarat seperti berikut:-

1. Tempoh Bazar Ramadan adalah dari 27 Mei 2017 sehingga 24 Jun 2017 ( 01 Ramadan – 29 Ramadan ). Selepas tamat tempoh jualan iaitu satu hari sebelum Hari Raya, semua penjaja dikehendaki mengosongkan tempat jualan serta memastikan barang-barang perniagaan tidak ditinggalkan di tapak niaga lagi bagi memudahkan kontraktor DBKU menurunkan khemah serta membersih tapak tersebut.
2. Pelesen dan pekerja (pembantu) hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan, mendapatkan suntikan pelalian tifoid serta disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan/Swasta dan menjalani Kursus Pengendalian Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
3. Penjaja perlu mendapatkan kelulusan DBKU jika ingin mengubah jenis jualan mereka.
4. Penjaja yang telah berdaftar tidak boleh menyewa semula petak kepada orang lain.
5. Penjaja-penjaja tanpa permit adalah dilarang untuk berniaga di kawasan tapak tersebut. Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap penjaja yang enggan mematuhi arahan.
6. Penjaja yang menjual pelbagai makanan dikehendaki menjaga kebersihan sepanjang masa bagi memastikan makanan yang dijual dalam keadaan tertutup, bersih dan selamat. Penjaja juga dimestikan untuk berpakaian kemas, memakai apron, penutup kepala dan sarung tangan.
7. DBKU akan mengambil contoh makanan untuk tujuan analisa bagi memastikan makanan yang dijual kepada orang awam adalah selamat.
8. Peniaga DILARANG menggunakan bekas styrofoam untuk menyimpan makanan.

Untuk keterangan lanjut mengenai Bazar Ramadan Satok dan Semarak, sila hubungi Bahagian Pelesenan DBKU di talian 082–234654 / 082–234657.

Manakala bagi mereka yang berminat untuk berniaga di Bazar Ramadan Sukma Ria, bolehlah menghubungi Koperasi Usahasama Kuching Berhad di talian 013-8110441 dan 016-8873080.

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami