fbpx
Our Local Story

Nak Buat Filem Indie? Ini Adalah Langkah Untuk Mohon Lesen Finas

Semua bentuk penggambaran termasuk di platform media sosial peribadi dikehendaki mohon lesen

Nak Muat Naik Video Dalam Media Sosial? Ini Adalah Langkah Untuk Mohon Lesen Finas. Terkini, isu hangat di media sosial adalah pemohonan lesen untuk melakukan penggambaran seperti filem dan juga rakaman yang khas untuk platform media sosial, termasuk media sosial peribadi.

Beberapa pembuat filem telah bersuara mengenai perkara ini dimana ia merumitkan proses penggambaran akibat kos untuk mohon lesen lebih mahal daripada kos membuat filem.

Manakala pengguna media sosial terjejas dengan penyataan tersebut kerana ia mengehadkan mereka untuk muat naik rakaman mereka dalam media sosial peribadi masing-masing. (EDIT: Terkini, Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan Akta Finas tidak akan digunakan untuk menyekat kebebasan di media sosial)

Perkara tersebut dikatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah semasa waktu pertanyaan menteri di Parlimen baru-baru ini.

Tinjauan atas laman web rasmi Finas telah mendapati beberapa syarat dan langkah untuk mendapatkan lesen tersebut.

Nak Buat Filem Indie? Ini Adalah Langkah Untuk Mohon Lesen Finas
Nak Buat Filem Indie? Ini Adalah Langkah Untuk Mohon Lesen Finas

Antara pemohon yang layak mesti mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000 untuk layak

Menurut garis panduan Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Finas, hanya individu yang berdaftar sebagai pemilik firma terhad swasta boleh memohon lesen produksi filem dan video.

Untuk menjadi ahli persatuan industri filem yang disenaraikan oleh Finas, individu harus sekurang-kurangnya mesti seorang pemilik syarikat, pemegang saham atau pengarah.

Berikut adalah persatuan yang diiktiraf oleh Finas:

  • Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN)
  • Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM)
  • Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM)
  • Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan)
  • Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA [PPFM])
  • Persatuan Penulis Skrin Malaysia (SWAM)

Bagi lesen pengeluaran video, pemohon dikehendaki menghantar surat kelulusan dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dan dokumen lain yang berkaitan.

Nak Buat Filem Indie? Ini Adalah Langkah Untuk Mohon Lesen Finas
Kredit: FINAS

Satu lagi syarat tambahan untuk syarikat adalah sebahagian besar ekuiti mesti dimiliki oleh warga asing.

Bagi syarikat-syarikat ini, sekurang-kurangnya 30% ekuiti mesti dimiliki oleh warga Malaysia.

Dari jumlah tersebut, 30% mesti dipegang oleh bumiputera selama 5 tahun. Setelah habis tempoh 5 tahun, sebahagian besar ekuiti syarikat mesti dimiliki oleh warga Malaysia. 30% dari bilangan tersebut harusnya bumiputera.

Langkah untuk mohon lesen Finas

Pemohon kali pertama dikehendaki mengisi borang yang digelar sebagai “BPL – 1” Borang ini boleh didapatkan dengan percuma dari pejabat Finas di seluruh negara atau dimuat turun dari laman rasmi Finas.

Borang tersebut adalah untuk mereka yang ingin terlibat dalam 3 kategori aktiviti yang berhubung dengan filem. 3 kategori tersebut ialah pengeluaran, pengedaran dan pameran filem.

Setelah diisi, ia mesti dilampirkan dengan senarai dokumen yang berbeza mengikut jenis perniagaa yang dimiliki oleh pemohon.

Dokumen terbabit harus disahkan oleh setiausaha syarikat atau Suruhanjaya Syarikat (SSM) untuk pastikan salinan tersebut adalah salinan asal.

Pemohon diminta untuk memberikan salinan kad pengenalan pemilik atau pemilik-pemilik bagi permohonan yang dikemukana oleh perniagaan pemilikan tunggal atau perkongsian. Disertakan juga surat kelulusan SSM atau borang yang dikemaskini dengan maklumat terkini perniagaan pemohon.

Bagi pemohon pemilik syarikat persendirian, mereka mesti menyerahkan memorandum dan artikel persatuan syarikat, iaitu Borang 24 (bagi pemegang saham), Borang 32 (jika berlakunya perubahan dalam pegangan saham syarikat) dan Borang 49 (senarai pengarah syarikat tersebut).

Bergantung dengan jenis lesen, bayaran dan deposit yang perlu dikeluarkan oleh pemohon boleh mencecah antara RM100 – RM400 untuk bayaran dan RM1,000 – RM4,000 untuk deposit.

Nak Buat Filem Indie? Ini Adalah Langkah Untuk Mohon Lesen Finas
Bayaran dan deposit yang perlu dikeluarkan oleh pemohon boleh mencecah antara RM100 – RM400 untuk bayaran dan RM1,000 – RM4,000 untuk deposit.

Lesen anda boleh ditolak oleh Finas

Finas berhak untuk menolak lesen tanpa penjelasan.

Hal ini kerana Finas ditadbir oleh Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, 1981. Oleh itu, di bawah Seksyen 21 (3), lesen boleh ditolak tanpa penjelasan.

Tak perlu ambil tindakan undang-undang, keputusan tersebut memang tidak boleh dicabar di mahkamah.

Nak Buat Filem Indie? Ini Adalah Langkah Untuk Mohon Lesen Finas
Jika lesen anda ditolak oleh Finas tanpa sebab, anda tidak boleh cabarkan perkara tersebut di mahkamah.

Menurut akta yang sama, salah satu objektif yang dinyatakan adalah untuk mengatur dan mengendalikan produksi – pengedaran dan pameran filem di Malaysia. Ia juga menghuraikan keperluan bayaran yuran dan lesen manakala garis panduan Finas menyatakan syarat keahlian tambahan dengan ada persetujuan bertulis dari syarikat pemilikan ekuiti dan Mida.

Ia juga menetapkan Finas perlu diminta izin untuk tujuan penyebaran, pameran dan penghasilan gambar-gambar bergerak. Jika dilanggar, Akta tersebut boleh kenakan denda terhadap individu dengan denda sebanyak RM50,000, penjara maksimum 2 tahun atau kedua-dua sekali jika disabit.

Sekiranya didakwa salah, individu berkenaan boleh mengemukakan bukti kesalahan dilakukan tanpa kesedaran. Hal ini kerana pesalah tidak dimaklumkan tentang undang-undang tersebut, secara ringkasnya tiada usaha untuk mencegah pelanggaran berkenaan.

All this to make an indie film! Apakah pendapat anda tentang proses ini? Adakah anda rasa ia adil untuk pembuat filem Indie untuk melakukan proses yang sama seperti pembuat filem korporat atau mereka harus diberi layanan sama? Jangan lupa juga, ini baru sahaja proses pemohonan lesen, belum lagi buat filem!

Komen pendapat anda dan jangan lupa kongsikan artikel ini.

Lagi disini:

Sumber
Malaysiakini

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close