in

Nahas Letupan Di CityONE Megamall, Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini

Nahas Letupan Di CityONE Megamall, Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini

Nahas Letupan Di CityONE Megamall, Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini

Letupan Di CityONE Megamall petang tadi ternyata mengejutkan warga Sarawak secara keseluruhannya. Kejadian yang dilaporkan terjadi di cawangan baru Nene Chicken itu setakat ini telah mengorban 3 nyawa dan 26 orang lagi cedera.

Pelbagai jenis gambar, video, kenyataan rasmi dan tidak rasmi telah tular di media sosial mengenai kejadian letupan di CityOne Megamall Kuching ini.

Antara video yang menarik perhatian adalah rakaman CCTV ketika kejadian tersebut berlaku.

Menurut Bernama, laporan awal menyatakan kejadian tersebut berlaku kerana letupan gas.

3 orang yang maut pula dikatakan mati ketika kejadian, akibat dari letupan tersebut. Namun begitu identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.

Pihak pengurusan CityONE Megamall terus mengumumkan bahawa pusat membeli belah tersebut akan ditutup serta merta sehingga dimaklumkan lagi kelak.

Laporan dari New Straits Times pula melaporkan 3 orang maut, 32 orang cedera dan 7 orang lagi cedera parah akibat nahas letupan di CityONE Megamall ini.

Setakat ini belum ada lagi laporan mengenai sebab sebenar kejadian berlaku kerana ianya masih dalam siasatan. Ayuh kita sama sama doakan agar roh mereka yang meninggal dunia tenang, dan yang cedera agar cepat sembuh. Semoga kejadian ini tidak berulang lagi.

 

Facebook Comments
TERKINI : 3 Orang MAUT Nahas Letupan di CityOne Megamall Kuching

TERKINI : 3 Orang MAUT Nahas Letupan di CityOne Megamall Kuching

Pulau Lakey Hidden Gem Yang Anda Mesti Kunjungi Di Kuching

Pulau Lakey Hidden Gem Yang Anda Mesti Kunjungi Di Kuching