fbpx
Our Local Story

Myvi Buat Hal Lagi, Redah Laluan Pejalan Kaki Untuk Memotong Di Kuching

Myvi kembali lagi gais!

Myvi Buat Hal Lagi, Redah Laluan Pejalan Kaki Untuk Memotong Di Kuching. Bagi anda yang merindui aksi menghiburkan dari kenderaan Myvi, baru baru ini tular sebuah video yang menunjukkan kenderaan tersebut ‘buat hal’ lagi di Bandaraya Kuching.

Menerusi video yang dikongsi bertarikh 18 Julai 2020, kejadian tersebut dirakam berhampiran dengan susur keluar Simpang Tiga, Kuching.

Rakaman tersebut menunjukkan sebuah Myvi putih sanggup meredah laluan pejalan kaki untuk memotong kenderaan lain demi keluar dari simpang tersebut dengan cepat.

Myvi Buat Hal Lagi, Redah Laluan Pejalan Kaki Untuk Memotong Di Kuching
Myvi Buat Hal Lagi, Redah Laluan Pejalan Kaki Untuk Memotong Di Kuching

Tangkap layar di atas menunjukkan kegigihan kenderaan tersebut memotong kenderaan lain melalui laluan pejalan kaki.

Berdasarkan video asal yang berdurasi sekitar 40 saat itu pula, kenderaan tersebut dilihat hendak keluar dari simpang sebelumnya sebelum kemudiannya bertindak menggunakan separuh dari laluan pejalan kaki untuk ‘mempercepatkan’ proses untuk keluar dari susur keluar Simpang Tiga.

Video tersebut tular di laman facebook Malaysian Modders dan kini telah mendapat sekitar belasan ribu sukaan dan juga ribuan perkongsian. Nampaknya Myvi kembali lagi menggegarkan media sosial di Malaysia.

“Ingatkan myvi depan tu buat hal“- Netizen

Seperti biasa, netizen hadir dengan pelbagai komen lucu yang menghiburkan hati kita. Antara komen komen tersebut adalah seperti berikut :

“Ingatkan myvi depan tu buat hal, tapi tak jugak, mungkin myvi depan yg lane kanan tu kot, eh pn tak jugak…Tiberrrr dari kiri ko nyelinap masuk yer.Sesungguhnya di Malaysia ni dipenuhi myvi, ini kita kena terima.”

“Ingatkan myvi depan tu yang nak buat hal, sekali dari tepi dia datang” – Farid Shuhaimi

Perh, keluar king centre terus kona sipi 58.97°, pedal minyak tekan separa lantai, Simpang Tiga kami conquer 🤣 ETA 3 minutes KKIA -Wesley AK Rimai

Jalan tu dah biasa org bawa camtu – Netizen

Walau bagaimanapun, beberapa orang netizen telah memaklumkan bahawa perkara tersebut biasa berlaku di jalan tersebut. Ada juga yang mengatakan kerana hanya jalan selalu dibaiki dan ‘diupgrade’ menjadikan jalanraya dan laluan pejalan kaki tersebut kini berada hampir sama tinggi.

Anda boleh menonton video berdurasi 40 saat tersebut di bawah :

Myvi sentiasa boleh! Jangan lupa like page Malaysian Modders

Posted by Malaysian Modders on Saturday, July 18, 2020


Sebelum ini pula, tular video di Bandaraya Miri di mana sebuah Myvi sanggup meredah rumput bagi memotong kenderaan lain ketika jalan raya sesak :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close