Our Local Story

Mural Ooohaa Tok Nan Dipadamkan Dan Diganti Dengan Cat Putih

Mural Ooohaa Tok Nan Dipadamkan Dan Diganti Dengan Cat Putih

Mural Ooohaa Tok Nan Dipadamkan Dan Diganti Dengan Cat Putih

Masihkah anda ingat mural Ooohaa di bawah flyover Satok yang dilukis oleh 2 pelukis mural dan graffiti tempatan?

Mural Ooohaa Tok Nan Dipadamkan Dan Diganti Dengan Cat Putih

Mural yang dilukis oleh Amey Sheikh Ali dan Aniq Tfk ini didedikasikan khas untuk Allahyarham Tok Nan, Ketua Menteri Sarawak yang ke 5.

Menurut status yang dimuat naik oleh Afiruddin Ramdzan pada tengah hari tadi, kini mural tersebut telah dipadamkan dan digantikan dengan lapisan cat yang berwarna putih sahaja. Beliau juga berkongsi luahan hari beliau :

“No more Ooohaaa,
The people who run our cities,
They think nothing has the right to exist unless it makes a profit.
The people who truly deface our neighborhoods are the companies that scrawl giant slogans across buildings and buses trying to make us feel inadequate unless we buy their stuff.

They preserved the international artist artwork, even put on the cctv, but when it comes to local artist, ” no payment just materials and sijil penghargaan” . I don’t think you should have to pay to look at graffiti. You should only pay if you want to get rid of it -Banksy”.

Mural Ooohaa Tok Nan Dipadamkan Dan Diganti Dengan Cat Putih

Tiada laporan rasmi atau sebab yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa mengenai mural yang telah dipadamkan tersebut. Kami turut berkongsi rasa kecewa kerana mural tersebut sudah kami masukkan di dalam senarai lokasi mural & graffiti yang akan muatnaik di dalam ilovekch.com nanti.

Kami berharap pihak berkuasa boleh menerangkan mengapa perkara tersebut dilakukan, adakah tiada kompromi dari segi contengan di tempat awam (conteng kah benda ya?zzzz) atau pun pihak berkuasa mempunyai perancangan lain.

Apa apa pun, kami berharap graffiti dan mural di kawasan yang lain tidak dipadamkan (lelah oi driving sigek town ambik gambar nak molah directory location mural). Tidak salah rasanya kerana hasil tersebut adalah sebahagian dari sumbangan kreatif anak anak muda yang berasal dari Kuching.

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami