Our Local Story

Mural Allahyarham Tok Nan Di Tempat Yang Tidak Sesuai -DBKU

Mural Allahyarham Tok Nan Di Tempat Yang Tidak Sesuai -DBKU

Pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara yang bertanggungjawab memadamkan mural potret wajah Allahyarham Tok Nan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sebentar tadi :

MAKLUM BALAS MENGENAI PEMADAMAN MURAL POTRET ARWAH TOK NAN

Mural bagi potret Arwah Tok Nan hasil lukisan daripada Saudara Amey Sheikh Ali dan Saudara Mohd Nor Shaddiq Mohamad Hamsah yang terletak dibawah Jejambat Satok telah dipadamkan seperti dipersetujui dalam mesyuarat Pengurusan DBKU yang lalu berikutan terdapat beberapa aduan diterima berhubung ketidaksuaian tempat potret tersebut.

Mereka mendakwa bahawa mural tersebut dilukis di lokasi yang tidak sesuai iaitu di bawajambatan dan seolah-olah tidak menghormati Allahyarham Tok Nan.
Namun begitu, pihak DBKU akan menempatkan mural potret tersebut seperti sebelum ini di lokasi yang lebih sesuai bagi memperingati Allahyarham sebagai Ketua Menteri Kelima Sarawak.

Azlan Mohamed
Bahagian Perhubungan Awam
Dewan Bandaraya Kuching Utara

Mural Allahyarham Tok Nan Di Tempat Yang Tidak Sesuai -DBKU

Sebenarnya kami tertanya tanya….adakah DBKU akan meminta pelukis asal tersebut untuk melukis mural yang sama untuk kali kedua selepas memadamkan yang pertama secara tiba tiba?

Baca artikel sebelum ini : Mural Ooohaa Tok Nan Dipadamkan Dan Diganti Dengan Cat Putih

Lontarkan pendapat anda di ruangan komen di bawah yo!

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami