fbpx
More

    Mereka Yang Menghadiri Upacara Pengebumian Di Kpg Emperoh Jambu Diminta Menjalani Ujian COVID-19

    Mereka yang telah menghadiri upacara pengebumian tersebut diminta untuk menjalani ujian Covid-19

    Mereka Yang Menghadiri Upacara Pengebumian Di Kpg Emperoh Jambu Diminta Menjalani Ujian COVID-19. Dilaporkan Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil telah meminta mereka yang menghadiri upacara pengebumian di Kampung Emperoh Jambu, Padawan untuk menjalani ujian Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan terdekat.

    Mereka Yang Menghadiri Upacara Pengebumian Di Kpg Emperoh Jambu Diminta Menjalani Ujian COVID-19

    Langkah untuk membantu membendung penyebaran virus

    Permintaan ini adalah salah satu langkah untuk membantu membendung penyebaran Covid-19 di kalangan ahli keluarga mereka dan orang awam.

    Beliau turut meminta kerjasama dari semua masyarakat di DUN untuk sepenuhnya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) serta meminta orang awam untuk tidak melakukan kunjungan ke Kampung Emperoh Jambu buat masa ini.

    Kampung Emperoh Jambu di Padawan kini sedang berada dibawah PKPD. Kredit: The Borneo Post

    Kampung Emperoh Jambu kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan tercetusnya kluster baru semalam. Sehingga 22 Februari 2021, 60 kes telah dikesan positif termasuk kes indeks (kes ke-7,095).

    PKPD dikuatkuasakan di kampung ini mulai hari ini (23 Februari 2021, 12:01AM) hingga 8 Mac, 11:59PM.

    Seramai 337 individu telah disaring dari kluster ini, di mana 60 kes dikesan positif.

    Keputusan JPBNS untuk melaksanakan PKPD dibuat ekoran pengesanan kes positif ini dan melibatkan kawasan di daerah Kuching, Samarahan dan Serian.

    Sekiranya anda adalah salah seorang individu yang telah menghadiri upacara pengebumian terbabit atau telah mempunyai kontak rapat dengan individu yang menghadiri upacara pengebumian berkenaan, diharapkan anda segera menjalani ujian Covid-19 di klinik kesihatan berdekatan anda.

    Lagi di sini:

    Artikel Berkaitan