Our Local Story

Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Pesta Kaul At Least Sekali Seumur Hidup Anda

Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Pesta Kaul At Least Sekali Seumur Hidup Anda

Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Pesta Kaul At Least Sekali Seumur Hidup Anda

Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah.. Seperti kaum kaum lain di Sarawak, kaum melanau mempunyai perayaan mereka tersendiri iaitu Pesta Kaul.

Mengikut sejarah, dahulunya Kaul merupakan sejenis pesta keagamaan dan diraikan mengikut kalendar kaum melanau bagi menandakan penghujung kepada musim tengkujuh. Kini, Pesta Kaul merupakan lebih dari sekadar itu, Pesta Kaul telah menjadi simbolik kebudayaan di Sarawak dan keistimewaan bagi kaum melanau di mana ianya menjadi tempat di mana mereka berkumpul dan juga menjadi tarikan kepada pelancong dari serata dunia.

Dalam artikel ini, kami rungkaikan mengapa anda perlu hadir ke pesta kaul at least sekali seumur hidup anda.

  1. Kenali Kaum Melanau secara live

Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Pesta Kaul At Least Sekali Seumur Hidup Anda

Cara terbaik untuk mengenali sesuatu kaum adalah dengan hadir ke tempat mereka dan bergaul dengan mereka. Pesta Kaul adalah masa yang sesuai kerana anda akan dapat untuk merasai segala acara kebudayaan mereka dan juga bergaul dengan mereka. First hand experience ini semestinya berbeza daripada mendengar mengenai kaum melanau dari kawan kawan dan sebagainya.

2. Masa Yang Sesuai Untuk Melancong Ke Mukah

Mengapa Anda Perlu Hadir Ke Pesta Kaul At Least Sekali Seumur Hidup Anda

Untuk Pesta Kaul 2017, ianya diadakan dari 22 April sehingga 30 April 2017 dan dipenuhi oleh pelbagai jenis aktiviti menarik yang anda boleh sertai. Ianya dimulakan Kaul Serahang Kakan.

Ini adalah bahagian yang paling penting perayaan; membawa persembahan dalam perarakan kapal ke muara sungai untuk menenangkan Ipok (roh).

3. Rasai Pengalaman Untuk Bermain Tibow

tibow melanau

Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat, diletakkan pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada mendapat sebarang kecederaan parah.Diadakan pada musim buah, lazimnya pada awal tahun, tibow dimainkan bermula pada waktu petang, hingga kadang-kadang sehingga larut malam. Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak permainan tampak terang. Dan dari segi keselamatan, ia akan memudahkan permainan tersebut.
Bermain tibow mengikut tradisi Melanau Mukah, tidaklah semudah seperti yang dilihat. Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan peralatannya pun harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah dengan menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang banyak.
Sebanyak dua tiang kayu yang masing-masingnya panjang melebihi 30 kaki diperlukan untuk pembinaan tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.

Semasa mengangkat untuk mendirikan kedua-dua tiang itu, pantun dinyanyikan beramai-ramaiKat kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’  Pantun ini merupakan pemujaan kepada ipo’ tibow atau dewa yang menguasai permainan tibow dan bertujuan meminta pertolongan untuk memudahkan tugas-tugas mendirikan tiang itu.

Sumber : Permainan Tradisional Etnik Sarawak ( Tibow )

4. Lawat Lamin Dana , Pusat Kebudayaan Dan Kraftangan Melanau

Lamin Dana Resort

Lamin Dana merupakan Pusat Budaya dan juga Kraftangan Kaum Melanau. Mereka juga menyediakan penginapan untuk pelancong. Lamin Dana juga merupakan pusat dimana mereka melatih penduduk tempatan untuk menghasilkan seni tradisonal dan barangan kraftangan.

Sumber : Sarawak Tourism

Sekiranya anda berminat untuk hadir ke Pesta Kaul 2017 dan mencari tempat tinggal, anda boleh semak di sini :

Hotel Di Mukah

Panduan logistik untuk anda yang ingin ke Mukah

  1. Menggunakan bas dari bandar bandar lain. Anda boleh semak laman web BusAsia iaitu www.busasia.my
  2. Kapal Terbang dengan menggunakan MasWings dari Bandar Kuching, Sibu atau Miri.

Adakah anda pernah menghadiri Pesta Kaul sebelum ini? Kongsikan pengalaman anda di ruang komen di bawah

 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami