fbpx
More

    Mencari Speaker Bahasa Inggeris? Cikgu Jarod Sedia Bantu Sekolah Luar Bandar Sarawak

    Mencari Speaker Bahasa Inggeris? Cikgu Jarod Sedia Bantu Sekolah Luar Bandar Sarawak

    Seorang guru bahasa Inggeris ingin menawarkan pengalamannya untuk menjadi speaker sukarelawan di sebuah sekolah menengah di luar bandar Sarawak untuk membantu para pelajar SPM dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.

    “Saya bersedia untuk pergi ke sekolah anda. Semasa saya mengajar di SMK Katibas, memang sukar untuk saya mencari guru pakar, guru cemerlang, jurulatih utama dan sebagainya yang sanggup meredahi hutan untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar saya.

    “Saya mungkin bukan guru pakar atau guru cemerlang, tetapi saya berpengalaman mengajar pelajar luar bandar dan membantu mereka menghadapi SPM,” kata Cikgu Jarod Yong di laman Facebooknya.

    Mencari Speaker Bahasa Inggeris SPM? Cikgu Jarod Yong Ingin Bantu Sekolah Luar Bandar Sarawak
    Cikgu Jarod Yong bersama pelajarnya di SMK Katibas. Kredit: Jarod Yong (Facebook)

    “Saya dihujani oleh pelbagai tugasan, jadi saya mampu menjalankan satu bengkel sahaja tahun ini. Saya ingin menjalankan bengkel saya di sebuah sekolah menengah di Sarawak yang paling proaktif dan memerlukan,” kata guru bahasa Inggeris itu yang kini sedang berkhidmat di SMK Tabuan Jaya, Kuching.

    Berikut ialah butiran bengkel bahasa Inggeris Cikgu Jarod Yong:
    1. Bagi para pelajar, sesi bengkel bahasa Inggeris SPM selama 4 jam
    2. Bagi para guru, sesi bengkel bahasa Inggeris tentang menyemak esei (Kertas 1: Bahagian A & B)

    [products limit=”1″ columns=”3″ orderby=”date” order=”DESC” ids=”9002″]


    Terma dan syarat:
    1. Sekolah yang memerlukan.

    2. Bengkel harus diadakan pada hujung minggu atau cuti sekolah.

    3. Sekolah tersebut bersedia menjadi sebahagian daripada kempen crowdfunding/kumpul dana.

    4. Sekolah bersedia untuk menyediakan bahan-bahan untuk bengkel (seperti projektor, mikrofon, kertas, dll). 

    Cara memohon:
    1. Sila ke: https://www.jarodyong.com/2019/02/dear-rural-secondary-schools-in-sarawak.html
    2. Dalam bahagian komen blog tersebut, sila tuliskan seperti di bawah dalam Bahasa Melayu atau Inggeris.

    HUBUNGI:
    NAMA SEKOLAH:
    TEMPAT:
    PERJALANAN DARI KUCHING:
    SITUASI:

    Contoh:
    HUBUNGI: Cikgu Arif, Pengetua, www.facebook.com/cikguarif
    NAMA SEKOLAH: SMK Beribu Bintang
    LOKASI: Katibas, Song, Kapit
    PERJALANAN DARI KUCHING:
    (1) Penerbangan ke Sibu (RM300)
    (2) Taxi ke whaf (RM50)
    (3) Express ke Song (RM25)
    (4) Bot ke SMK Beribu Bintang (RM50)
    SITUASI:
    (1) Hanya ada 3 orang penceramah SPM dalam 5 tahun kebelakangan ini
    (2) Tidak pernah ada penceramah BI
    (3) Pencapaian murid sangat rendah dgn kelulusan 20% dan GPS 7.9
    (4) Sekolah dalam keadaan daif tanpa air dan elektrik
    (5) Hanya 1 orang guru opsyen BI

    – Permohonan dibuka sekarang sehingga 31 Mac 2019.
    – Hanya satu sekolah akan dipilih dan dihubungi untuk maklumat lanjut sebelum proses crowdfunding dijalankan.
    – Bengkel dijangka dibiayai sebelum Mei 2019 dan boleh dijalankan mulai Jun 2019.

    Kongsikan ini kepada semua guru dan pengetua sekolah luar bandar yang anda kenal!

    https://www.facebook.com/jarodyjk/posts/1871964682932935?comment_id=1877766019019468&reply_comment_id=1878116792317724&notif_id=1550669799075361&notif_t=feed_comment_reply

    Artikel Berkaitan