Our Local Story

Memandu Dengan GRAB atau UBER Di Kuching, Yang Mana Lebih Berbaloi?

Memandu Dengan GRAB atau UBER Di Kuching, Yang Mana Lebih Berbaloi?

Memandu Dengan GRAB atau UBER Di Kuching, Yang Mana Lebih Berbaloi?

Jika anda sedang tercari cari cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan di Kuching, anda sudah pasti pernah mempertimbangkan untuk memandu Grab atau Uber secara sambilan.

Dalam artikel kali ini, kami buat perbandingan ringkas dari sudut insentif dan beberapa faktor yang lain untuk kedua dua servis ride hailing ini untuk melihat yang manakah lebih berbaloi untuk pemandu.

1. Bagaimana aplikasi untuk pemandu berfungsi

Memandu Dengan GRAB atau UBER Di Kuching, Yang Mana Lebih Berbaloi?

Gambar : hype.my

Cara bagaimana kedua dua aplikasi ini untuk berfungsi untuk pemandu adalah hampir sama, cuma terdapat 2 perbezaan utama iaitu :

  • Jika anda memandu dengan GRAB, anda boleh mengetahui destinasi penumpang ketika sebaik sahaja menerima tempatan. Untuk UBER pula destinasi penumpang hanya boleh diketahui selepas anda tiba ke lokasi penumpang.
  • Jika anda memandu dengan UBER, anda tidak perlu membeli kredit untuk mengaktifkan aplikasi anda untuk mendapat tempahan. Untuk GRAB pula anda perlu membeli GRAB kredit dan kredit GRAB anda mestilah RM15 ke atas untuk mendapat tempahan dari pengguna.

2. Komisen Peryedia Perkhidmatan ( Servis Provider / Platform ) 

UBER : 25% dari tambang penuh

GRAB Associate : 25% dari tambang penuh(ditolak dari kredit)

GRAB Ambassador : 20% dari tambang penuh(ditolak dari kredit)

*Grab Ambassador adalah program di mana pemandu yang memandu untuk Grab Ambassador tidak dibenarkan memandu untuk Uber, tetapi menikmati beberapa faedah yang lain.

3.  Kadar Insentif GRAB vs UBER

Memandu Dengan GRAB atau UBER Di Kuching, Yang Mana Lebih Berbaloi?

  • GRAB menawarkan pendapatan setinggi RM3456 (gross) seminggu untuk pemandu sekiranya pemandu menepati sasaran tawaran insentif.
  • UBER pula menawarkan pendapatan setinggi RM2168 (gross) seminggu untuk pemandu sekiranya pemandu menepati sasaran tawaran insentif.
  • Terdapat juga tawaran insentif yang lain daripada GRAB seperti midnight challenge(tambahan RM1) untuk setiap tempahan, special weekend challenge, dan juga special pick up bonus (untuk tempahan di sekitar UNIMAS dan UiTM Samarahan)
  • Untuk mendapatkan jaminan pendapatan setinggi RM58(gross) sejam untuk GRAB (Ultra Peak Hours), pemandu perlu mendapatkan 3 trip dalam tempoh 1 jam.
  • Untuk mendapatkan jaminan pendapatan setinggi RM25(gross) sejam untuk UBER pula, pemandu perlu mendapatkan 2 trip sejam untuk setiap blok insentif.

4. Populariti? Jenama ASEAN atau Global?

Uber terlebih dahulu memasuki pasaran Kuching pada tahun lepas dan merupakan jenama global yang berasal dari Amerika Syarikat. GRAB pula sebelum ini dikenali sebagai MyTeksi di Malaysia sebelum dijenamakan semula sebagai GRAB dan berpusat di Singapura.

Kami pernah lakukan survey di twitter, dan 51% pengguna memilih untuk menggunakan GRAB berbanding UBER. Apa pula pendapat anda?

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar insentif GRAB, anda boleh semak di : Grab Incentives Kuching

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar insentif UBER, anda boleh semak di : Uber Incentives Kuching

Memandu Dengan GRAB atau UBER Di Kuching, Yang Mana Lebih Berbaloi? Jika anda merupakan pemandu GRAB/UBER, berikan pendapat anda di ruang komen di bawah

Baca juga : 

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami