Our Local Story

MasWings tamatkan 6 laluan, Beri Laluan Pada Syarikat Komersial

MasWings tamatkan 6 laluan, Beri Laluan Pada Syarikat Komersial

MasWings tamatkan 6 laluan, Beri Laluan Pada Syarikat Komersial

MasWings tamatkan 6 laluan, beri laluan pada syarikat komersial untuk menguruskannya. Perkara tersebut disahkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut Menteri Pengangkutan tersebut, perkara tersebut dibuat selepas kajian yang dilakukan oleh Malaysian Aviation Commision (Mavcom) pada rural air services (RAS).

MasWings tamatkan 6 laluan, Beri Laluan Pada Syarikat Komersial

Gambar : Borneo Post

Menurut kajian tersebut juga, 6 laluan yang diruruskan oleh MASwings dan syarikat penerbangan komersial yang lain seperti Malaysia Airlines dan AirAsia mempunya load factor yang sangat tinggi, sehingga 86% dan ianya lebih menguntungkan untuk syarikat penerbangan komersial.

6 laluan yang akan ditamatkan adalah seperti berikut :

  • Kota Kinabalu – Sandakan
  • Kota Kinabalu – Tawau
  • Kota Kinabalu – Miri
  • Kuching – Miri
  • Kuching – Kota Kinabalu
  • Kuching – Sibu

Menjelang tahun hadapan, MasWings akan memberhentikan 6 laluan tersebut kerana mereka telah membuka laluan tersebut kepada syarikat penerbangan komersial untuk beroperasi.

Kerajaan juga sedia untuk mempertimbangkan permohonan syarikat komersial untuk mengendalikan Rural Air Services ( RAS ) bergantung pada keadaan.

MasWings tamatkan 6 laluan, Beri Laluan Pada Syarikat Komersial

AirAsia sebelum ini mengemukakan permohonan untuk mengendalikan RAS namun laluan tersebut dilihat sebagai laluan yang mempunyai potensi komersial yang sangat rendah.

” Jika kita membenarkan syarikat penerbangan komersial untuk mengendalikan laluan laluan ini, mereka mungkin akan memberhentikan perkhidmatan jika mereka tidak menjana keuntungan ”

” Oleh itu, kita memohon pada AirAsia untuk memberi jaminan selama 5 tahun kerana kita perlu memberi jaminan pada penduduk luar bandar di Sabah dan Sarawak bahawa laluan laluan ini akan diteruskan jika MasWings tidak menguruskan laluan laluan tersebut lagi. – Kata Datuk Seri Liow Tiong Lai lagi.

Setakat ini, MasWings menguruskan rural air services di Sabah dan Sarawak, secara hampir ekslusif dengan RM160 juta subsidi tahunan disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menampung kos operasi dan juga kos kapal terbang.

Baca juga : 5 laluan MasWings yang akan dikurangkan mulai 20 Februari 2017

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami