Our Local Story

Masuk Hari Ketiga 2019, Almanac Sarawak 2019 masih belum menunjukkan diri

Masuk Hari Ketiga 2019, Almanac Sarawak 2019 masih belum menunjukkan diri

Masuk Hari Ketiga 2019, Almanac Sarawak 2109 masih belum menunjukkan diri

Sudah masuk hari ketiga untuk tahun 2019 dan rupa rupanya kelibat kalendar lagenda Sarawak yang juga dikenali sebagai Almanac masih menunjukkan diri di kedai kedai buku mahupun kedai runcit di sekililing kita.

Musykil dengan ketidak hadiran Almanac Sarawak 2019, kami juga bertanya di twitter dan rata rata maklum balas yang kami terima adalah sama, Almanac Sarawak 2019 masih belum berada di pasaran.

https://twitter.com/FeeAnyau/status/1080461089698017280
https://twitter.com/99star_micchye/status/1080463463783100421

Almanac Sarawak merupakan kalendar yang hampir wajib untuk dimiliki oleh setiap isi rumah di Sarawak kerana ianya mempunyai maklumat yang lengkap beserta paras air king tide dan sebagainya.

Almanac Sarawak juga sangat menarik dengan fakta sejarah yang terdapat di ruang belakang almanac tersebut.

legend nya almanac sarawak ini sehingga ianya menjadi satu kalendar yang tidak boleh dilepaskan.

Persoalan yang ternyata menggamit minda kita sekarang ini, dimanakah Almanac Sarawak 2019? Ada juga yang menyatakan bahawa tahun 2018 juga mereka lambat menerima kalendar almanac ini.

Bagi pengumpul tegar koleksi Almanac Sarawak, jangan lupa khabarkan bila anda menemui Almanac Sarawak 2019 dijual di pasaran. Kami pasti ramai lagi dalam kalangan kita yang menunggu kehadiran Almanac Sarawak 2019.

Baca lagi : Kisah Tenggelamnya MV Kidjang Di Muara Kuala Rajang

Baca juga : Larangan Merokok Di Seluruh Negara Bermula Esok – Melainkan Sarawak

Related posts
Our Local Story

Whatsapp, Facebook, Instagram DOWN Disebabkan Masalah Teknikal

Our Local Story

Kecoh!Page FB Sabah Sarawak Merdeka HINA YDP Agong Malaysia

Our Local Story

Grab Food Dijangka Mula Beroperasi Bermula 22 April Di Kuching!

Our Local Story

Pindaan Perlembagaan : Ianya Sepatutnya Negara Sabah Dan Sarawak

Ketahui Segalanya Mengenai Kuching Dengan Melanggan Newsletter Kami